`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Tuesday, October 27, 2026

Polis siasat kes kematian Noorizwan bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar berkata kecederaan ditemukan pada tubuh si mati selari dengan trauma tumpul dan bukan akibat pelakuan sendiri.

Pengarah JSJ Bukit Aman M.Kumar
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata klasifikasi kes dibuat selepas hasil rakaman percakapan pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang menjalankan bedah siasat terhadap Noorizwan Zulkefly.
PETALING JAYA:
Polis mengklasifikasikan semula kes kematian Noorizwan Zulkefly yang maut dalam tahanan IPD Cheras pada 1 Okt lalu di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, berkata ia dibuat selepas pakar forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan kecederaan yang ditemukan pada tubuh si mati selari dengan trauma tumpul dan bukan akibat pelakuan sendiri.

“Siasatan kes terbabit kini dilakukan Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ.

“Klasifikasi kes dibuat selepas hasil rakaman percakapan pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang menjalankan bedah siasat terhadap Noorizwan.

“Mereka mengesahkan terdapat kecederaan luaran di beberapa bahagian tubuh si mati di mana corak kecederaan itu selari dengan trauma tumpul dan bukan akibat pelakuan sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Seksyen 331 Kanun Keseksaan menetapkan kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan atau memaksa pemulangan harta benda.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda.

Selain itu, M Kumar berkata, laporan lengkap bedah siasat masih belum diperoleh kerana analisis makmal belum selesai selain pihaknya masih menunggu maklumat lanjut daripada hospital bagi mengesahkan punca kematian.

Menurut beliau, polis juga masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota terlibat dalam pengendalian serta pengurusan Noorizwan ketika berada dalam tahanan.

“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional tanpa sebarang elemen ‘cover-up’ (melindungi) demi memastikan keadilan jenayah ditegakkan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Noorizwan Zulkefly.

Noorizwan, 42, ditahan pada 19 Sept lalu berhubung siasatan kes memiliki dadah, kecurian dan pecah rumah. Dia ditahan di IPD Cheras, sebelum dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) pada 30 Sept lalu dan disahkan meninggal dunia keesokannya.

Semalam, Ketua Polis Negara Khalid Ismail mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) meneliti dan menyiasat kematian Noorizwan, berikutan terdapat beberapa kecederaan luar biasa pada tubuh si mati.

Khalid berkata JSJ juga diarahkan mengeluarkan kenyataan dan memaklumkan perkembangan siasatan kes itu kepada awam secepat mungkin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.