Perintah sekatan harta itu bagi mengelakkan aset seperti wang hasil penipuan dilesapkan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata perintah sekatan harta itu antara perintah yang boleh mahkamah keluarkan bagi mencegah atau menghentikan pelanggaran undang-undang.
Perintah lain yang boleh dikeluarkan termasuk perintah pemberhentian, perintah restitusi kepada mangsa, dan perintah pematuhan, katanya lapor Bernama, dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Permohonan bagi mendapatkan perintah berkenaan boleh dikemukakan oleh pendakwa raya atau pegawai yang diberi kuasa, katanya.
Zahid menjawab soalan Shamshulkahar Deli (BN-Jempol) mengenai kecukupan kerangka perundangan sedia ada untuk menangani penipuan dalam talian berasaskan kecerdasan buatan, serta peruntukan khusus yang diperkukuh bagi mempercepat tindakan terhadap sindiket dan melindungi mangsa.
Zahid berkata RUU yang diluluskan Parlimen pada Julai lepas itu digubal bagi menangani penipuan dalam talian menggunakan AI, termasuk penyamaran identiti, ‘deepfake’ dan manipulasi digital. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.