`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 31, 2011

Novel "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" now ready


Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap.

Aku ke Saufiville pada 27-1-2011 sekitar jam 8.20 malam bersama Mona, Liza, Adan, Adeek dan Yaya. Tujuan aku ke sana adalah kerana aku nak belajar cara masak lamb chop dan sotong goreng dari Mem dan Fini. Aku memang suka sangat masakan mereka. Pendek kata berapapun harga aku sanggup bayar kerana masakannya sedap giler, 'berasa' selain dapur mereka sangat bersih!

Pelanggan yang datang ke sini pun dari golongan atasan dan dari pelbagai pelusuk dunia. Segala Tun, Tan Sri, Dato Seri, Jutawan dan Artis ternama juga suka lepak banglo ini.

Selain pemandangannya yang sangat cantik, udaranya yang nyaman, banyak tetamu lebih suka datang makan sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Saufiville terletak diatas puncak bukit 1800 kaki dari paras laut dan suhu pada tengahari sekitar 28 celcius dan malamnya 20 celcius.

Pelbagai bangsa datang lepak tempat ini (kilik gambar ini)

Aku minta izin Mem dan Fini untuk promote saufiville (klik gambar ini)

Bekas Ketua Pengarah SPRM juga pernah lepak Saufiville (klik gambar ini)

Kalau x silap aku kos untuk mendirikan banglo saufiville mencecah hampir RM4 juta. Persekitaran banglo ini cantik dan bersih apatahlagi sekeliling taman banglo dipenuhi dengan pohon-pohon bunga yang berbau harum.

Selain daripada niat untuk belajar masak, aku juga nak imbas kembali kenangan lama Cinta Syyh aku bersama bekas permaisuri Agung Siti Aishah di banglo ini dan nak periksa apa yang belum ditambah atau diperbaiki lagi dalam buku "Cinta Syyh" dan versi bahasa inggeris "The Queen & I".

Langkah seterusnya aku cuma perlu khidmat seseorang untuk penyunting untuk menyunting penulisan aku dalam buku tersebut. Lepas itu aku sedia pasarkan di luar negara melalui online atau apa saja supaya orang tau kisah sebenar percintaan aku dengan dia.

Apa yang berlaku adalah sejarah!

Aku tidak mahu berbohong tentang percintaan 'Cinta Syyh' ini. Mungkin ianya memalukan aku apatah lagi Siti Aisyah tetapi kebenaran itu memang pahit. Biarlah generasi akan datang menilainya.

Ginger beef kuey teow di Saufiville cekik darah?

Fried kuey teow

Saya kona baring sikit citer pasal Sufiville ni. Desas desus mengatakan harga makanan di Saufiville agak mahal! Aku ada baca tentang isu ini pada 28-1-2011 di blog ini (klik). Beliau mencurahkan isi hatinya bahwa harga ginger beef kuey teow di Saufiville cekik darah! Aku hanya tersenyum panjang...

Sebentar tadi (30-1-2011) sekitar jam 8.03 malam aku tiba ke Saufiville untuk membuktikan kebenaran cerita dalam blog tersebut. Aku minta Raja Izrinda Raja Ismail yang aku panggil Mem (isteri empunya Saufiville) sediakan makanan tersebut untuk aku. Harganya bukan RM14.90 seperti yang di dakwa tetapi RM14.50.

Mungkin harganya mahal kalau dibandingkan warung tepi jalan tetapi rasanya, penyediaan, pinggan dan gelasnya setaraf hotel lima bintang! Fini (tuan tanah kedaung saufiville) terangkan pada aku bahwa perencah daging dalam kuey teow tersebut adalah bahagian batang pinang bukannya daging kerbau sekilo RM10 di pasar chowkit.

Aku tak salahkan orang yang membuat komen dalam blog (klik) tentang ginger beef kuey teow itu kerana itu adalah haknya sebagai pengguna. Pada aku senang saja...

'Good things cannot be cheap, cheap things cannot be good"

Bilik air di Saufiville sangat bersih dan sentiasa berbau harum! Bolehke kuey teow goreng berharga RM4.00 sepinggan di warung tepi jalan menyediakan bilik air seperti ini?

Aku namakan sudut kecil di saufiville ini sebagai "Zon Angin" sebab angin sentiasa menghembus diruangan ini. Entah kenapa pun aku tak tau! Boleh dikatakan 70% tetamu yang lepak "Zon Angin" ini termasuk aku, selalu mengantuk dan tertidur setiap kali aku duduk tak sampai 15 minit tempat ini.
Punyalah sedap angin tempat ni, tuhan saja yang tahu!


Ada 2 perkara aku nak tegur Mem dan Fini. Pertama - Dari tahun 2010 sampailah Januari 2011, meja makan ni tak diperbaiki lagi. Apalalu bro, rumah juta-juta... meja ni pun tak repair2 lagi. Yenade Thamby! Kedua - Bila aku order makan atau minum ada sikit lewat 2 atau 3 minit. Aku pahamlah kau nak beri customer yang terbaik tapi perut aku tak faham bahasa. Kalau lu dua orang laki bini nak terkecik hati, aku x ble cakap apalah, yang penting lu kena perbaiki apa yang kurang. Benda yang bagus aku promote, benda tak betul aku bantai. he he. Takkan kau tak faham perangai aku.

Berbalik pada buku aku "The Queen & I" dan "Cinta Syyh" dah pun bersedia untuk dicetak pada bila-bila masa sahaja sekiranya DIA beri lampu hijau.

courtesy of Uncleseekers

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.