`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, November 30, 2012

Penahanan S.H.Al-Attas. Tahan Penulis Tapi Tak Berani Siasat Sultan? ***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/11/30/penahanan-s-h-al-attas-tahan-penulis-tapi-tak-berani-siasat-sultan/



Penulis buku politik terkenal, Syed Hussein Al-Attas yang ditahan pagi tadi ketika menjual buku beliau yang dikatakan menghina Sultan Johor, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata Syed Hussein, juga dikenali sebagai Pak Habib, 71, ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

“Kira-kira pada pukul 4 petang kami telah bebaskan dia dengan ikat jamin,” katanya ketika dihubungi
Polis turut merampas 13 buah buku hasil tulisan Pak Habib, yang juga bapa kepada blogger dan pengamal paranormal Syed Abdullah atau Uncle Seekers, yang sebelum ini pernah ditahan polis kerana didakwa memfitnah Sultan Johor di blognya www.uncleseekers.blogspot.com.

Zainuddin berkata polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

“Apa-apa tindakan akan diambil selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu selesai,” katanya.
Sultan Johor itu dikaitkan dengan pelbagai skandal semasa hayat almarhum bapanya, Sultan Iskandar selain turut dikaitkan dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ketua agama Islam negeri.

Bagaimanapun, tiada siapa yang berani menyiasatnya dan anaknya, Tengku Ismail yang turut melakukan kekerasan terhadap seorang kerabat diraja Negeri Sembilan, tiga tahun lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Sehingga kini, walaupun sudah beberapa laporan polis dibuat namun langsung tiada tindakan dikenakan ke atas tengku mahkota Johor itu.

- JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.