`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 30, 2012

Selamat Hari Lahir ke 81, Tuanku!


Baru-baru ini sebuah video sambutan hari lahir Sultan Pahang dan puteranya, Tengku Fahad telah tersebar di internet. Walau bagaimanapun ramai yang tidak dapat menonton video bertajuk Royal Soiree: 1881 Celebrations of His Royal Highness Sultan of Pahang and Prince Fahad kerana telah menjadiprivate disebabkan hak rekacipta pemiliknya, Kat Films yang merupakan sebuah syarikat penerbitan video-video perkahwinan dan majlis-majlis di United Kingdom.

Walau bagaimanapun, video ini masih boleh ditonton disini. Saksikan sendiri bagaimana mewahnya sambutan hari lahir seorang Sultan dan anaknya di sebuah hotel 5 bintang di kota London, The Corinthia London yang terletak di Whitehall Place. 

Segalanya cukup mewah dan sudah semestinya minuman-minuman yang disajikan adalah arak-arak yang cukup mahal dan berkualiti. Tetamu-tetamu mat saleh memenuhi dewan tersebut, diserikan pula dengan pertunjukan fesyen dari Christian Dior dan acara tari-menari (berdisko) di akhir majlis. Cukup hebat majlis sambutan hari lahir ketua agama Islam negeri Pahang ini! 


Izinkan penulis berkongsi kata-kata nasihat daripada Sultan Pahang kepada kita rakyat jelata sebagai pedoman. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 November 2012 bertajuk Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap".

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini".

Alhamdullilah, tuanku Sultan mahir dalam agama Islam dan boleh bercakap mengenainya. Begitu juga baginda menyanjung tinggi agama Islam dengan sepenuh hati. Persoalannya, adakah ini semua dapat diterjemahkan dengan perlakuan?

Dikesempatan ini penulis dan Malaysia in Crisis mengucapkan selamat hari lahir ke-81 kepada Sultan Pahang dan ke-18 untuk Tengku Fahad. Bagi kami rakyat Malaysia, berbangga juga lah dapat menonton video kemewahan hidup seorang Sultan menyambut hari lahir di kota London dengan sajian arak-arak yang semestinya mahal dan berkualiti tinggi.

Juga tidak ketinggalan ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dan isteri barunya, Cik Puan Bahiyah yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka minggu lepas. Benda baik seperti mendirikan rumah tangga buat apa nak sorok kan?


Teringat kisah jururawat Filipina,
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.