`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!






 

Thursday, January 31, 2013

Orang Melayu miskin di bawah Umno/BN


Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak dalam satu program di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak Jumaat lalu.
PASIR SALAK:  PKR Pasir Salak menyelar pemimpin Umno/BN kerana menyebabkan merosotnya  taraf ekonomi orang Melayu  terutamanya di Johor yang merupakan ‘kubu kuat’ Umno.
Ini ekoran pendedahan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari lalu.
Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak  Ismail, penyelaras PKR Parlimen  Pasir Salak dalam satu program ceramah yang diadakan di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak  Jumaat lalu.
Turun hadir dalam program tersebut ialah Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan penyelaras DUN Sungai Manik.
Pendedahan oleh Syed Ali tersebut begitu memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini kita diberi gambaran dan tanggapan salah oleh media arus perdana dan eletronik serta pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang Melayu di Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS kononnya yang paling miskin di Malaysia.
Jadi jelaslah walaupun Johor merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN sejak 55 tahun yang lalu dan merupakan negeri pengasas UmnonAllahyarham Datuk Onn Jaafar   sendiri tapi hakikatnya nasib orangnMelayu di negeri tersebut terus diabaikan.
Insiden terkini sekurang-kurangnya sembilan cawangan Umno di kampung-kampung setinggan majoriti didiami orang Melayu  di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan masing-masing menunjukkkan bahawa kepimpinan
akar umbi Umno mula hilang kepercayaan terhadap ‘Janji- Janji Yang Tidak Ditepati’ pemimpin-pemimpin Umno di negeri tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka.
Retrik pemimpin Umno
Jadi kesimpulannya ujar Razak lagi, retorik pemimpin Umno yang mengatakan bahawa parti Umno sahajalah yang merupakan wadah bagi memperjuangkan nasib orang-orang Melayu adalah tidak benar dan jauh menyimpang dari matlamat asal perjuangan parti tersebut.
Ujar Razak lagi perkara yang sama juga berlaku di parlimen Pasir Salak di mana pemimpin Umno setempat menjanjikan pelbagai bantuan dana kewangan dan sebagainya sebagai ‘umpan’ menjelang PRU tetapi hakikatnya nasib orang Melayu setempat masih di takuk lama.
Razak juga membidas tindakan pengurusan Felcra kerana menyumbang RM100,000 kepada Badan Kebajikan Isteri Menteri-Menteri (Bakti) sedangkan ramai anak-anak kepada pesawah padi di Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak memerlukan bantuan dan perbelanjaan di awal tahun kemasukan persekolahan.
Cek sumbangan disampaikan oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Felcra (yang juga ahli parlimen BN Pasir salak) dan diterima oleh Datin Seri  Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hampir 100 peratus pesawah padi berjumlah  5,000 keluarga yang mengusahakan sawah padi di Felcra Seberang Perak merupakan orang Melayu yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Mereka berhadapan dengan harga benih padi, baja dan racun serta sewa jentera yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini Kejatuhan harga kelapa sawit sejak 6 bulan kebelakangan ini tambah membebankan kewangan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.