MENCATAT...Sabahkini.Net sedang mencatat temubual antara Chen dengan V.K Liew di Pusat Pendaftaran Bantuan Warga Emas
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto: SAFFIE S JUMADI
PEJABAT Parlimen Sandakan kini sedang membuka Pendaftaran Bantuan untuk Gong Xi Fa Chai 2013 untuk warga emas yang berusia 55 tahun ke atas sejak kelmarin dan hanya akan berakhir pada 18 Januari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata dalam satu temubual dengan Sabahkini.Net; antara lain menjelaskan bantuan sebegini memang setiap tahun diadakan dan ini merupakan bagi kali keempat. Setakat ini dianggarkan seramai 2,347 pengundi P186 Sandakan sudah mendaftar.
Kata V.K Liew, tujuan memberikan bantuan tersebut kepada Warga Emas bukan sahaja tertumpu kepada masa Tahun Baru Cina; bahkan setiap perayaan tahunan seperti Hari Raya Aidilfitti dan Krismas yang bertujuan untuk meringankan sedikit beban mereka menyambut perayaan berkenaan.
"Ini sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen demi untuk menjaga kebajikan semua kaum agar dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional," tegas V.K Liew.
Sabahkini.Net sempat menemui salah seorang pengundi kawasan Parlien Sandakan, Chen Yun Keong yang pertama kalinya menerima bantuan daripada pejabat Parlimen Sandakan sejak bergelar Warga Emas.
“Saya berterima kasih sama Datuk V.K Liew kerana begitu prihatin kepada Warga Emas seperti saya. Perayaan Gong Xi Fa Chai pada tahun ini sudah tentu lebih meriah dan bermakna," kata Chen lagi.
ZIARAH....V.K Liew, Samsudin dan Mohd Hamsan menziarahI Allahyarham ABM Fajeer yang meninggal dunia kelmarin dulu.
Dalam pada itu, V.K Liew, keluarga serta pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Sandakan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Mohd Fajeer Awang Besar yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.30 petang di Wad Hospital Duchess of Kent Sandakan di hadapan isteri dan empat orang anaknya kelmarin dulu.
Allahyarham dimasukkan ke hospital jatuh sakit pada 7 Januari lalu setelah mengalami sesak nafas, hilang ingatan, koma dan meninggal dunia.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Batu 11, Jalan Labuk selepas solat Asar.
"Saya berharap semua keluarga Allahyarham supaya bersabar atas ujian getir kerana kehilangan ini turut dirasai oleh seluruh penduduk Sandakan, termasuk saya sekeluarga," ujar V.K.Liew yang begitu terharu kehilangan seorang kawan rapat, terutama semasa Allahyarham bertugas sebagai Timbalan Presiden di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Sabahkini.Net kini sedang berusaha mengumpul data-data peribadi Allahyarham untuk disiarkan di Sabahkini.net dalam masa terdekat sebagai mengenang jasa beliau sebagai salah seorang Sasterawan Sabah sejak 1971 sehingga ke akhir hayatnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.