`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 11, 2013

PBS BATU SAPI Vs BONI @YUSOP ABDULAH?





Saudara Pengarang,

DALAM masa terdekat ini, ada lagi sekumpulan Ahli PBS seramai 500 orang yang diketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian PBS Sekong akan keluar daripada PBS.

Ketua pemuda ini sendiri yang menghubungi saya dan menyatakan hasrat mereka kerana sudah tidak serasi dengan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Thau Tsen yang mereka labelkan sebagai diktator dan rakus terhadap projek-projek di Batu Sapi.
Menurut mereka lagi, rombongan ini sudah menghantar surat rasmi kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan supaya tidak mencalonkan Datin Linda di Parlimen Batu Sapi; namun tuntutan mereka tidak diambil perhatian.

Apa yang mereka inginkan, Presiden meletakkan Calon yang beragama Islam yang boleh mewakili mereka dan senang untuk mereka berkomunikasi bukan seperti Datin Linda yang hanya tahu berbahasa Inggeris.

Saya menghubungi Ketua Bahagian PBS Sekong petang kelmarin untuk membincangkan perkara ini; namun Boni enggan memberikan sebarang komen kerana itu hak asasi mereka.

Namun Boni mengakui jika Presiden PBS masih berkeras untuk meletakkan Datin Linda sebagai Calon Parlimen BN Batu Sapi pada PRU-13 ini, maka BN akan tewas mengejut kerana masalah dalaman.

Salam Hormat,

ZAINUDDIN HASSAN
Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.