`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 10, 2013

PENGUSAHA RUMPAI SEMPORNA PERLU PELANTAR BARU




ROBOH ......Pelantar roboh di Kg Gelam-Gelam berikutan bangunan lama roboh pada Disember lalu dan belum dibaiki lagi.

SEMPORNA: Para pengusaha rumpai laut di Kg Gelam-Gelam, di sini, memerlukan bangunan pelantar (jemuran rumpai laut) yang baru memandangkan bangunan yang lama telah roboh pada Disember tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gelam-Gelam, Usman Abdul Kata, pihak pemaju telah membina bangunan pelantar berkenaan pada tahun 2010 atas kelulusan Jabatan Perikanan negeri.
Namun, katanya, dipercayai pihak pemaju tidak mengikut arahan kerja sebagaimana yang disediakan oleh Jabatan Perikanan.

Setelah pelantar berkenaan roboh pada awal pagi 24 Disember 2012, jam 9.30 pagi, beliau telah membuat laporan polis bagi memudahkan pihaknya membawa perkara itu kepada jabatan berkenaan.

”Saya menghubungi pejabat perikanan untuk melaporkan kes terbabit berserta gambar dan laporan polis, supaya bangunan itu dapat dibina semula oleh pihak Jabatan Perikanan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau amat kesal dengan jawapan yang diberikan oleh pihak perikanan daerah yang mengarahkan supaya bangunan itu dibina menerusi gotong-royong oleh penduduk kampung tanpa adanya kos dikeluarkan.

Usman berkata, kos membina pelantar sebegitu panjang dan luas untuk dua bangunan berkembar melibatkan kewangan banyak iaitu sekitar RM130,000. Ia merangkumi rumah sepanjang 100 kaki dengan kelebaran 30 kaki manakala pelantar selebar 50 kaki dan 200 kaki panjang.

Katanya, bangunan itu amat berguna bagi orang kampung khususnya para penternak rumpai laut untuk dijadikan tempat mengering dan memunggah rumpai yang baru dituai dari laut.

Beliau berkata jika pihak jabatan perikanan tidak membangunkan semula pelantar yang sudah roboh itu mata pencarian penduduk akan terjejas disebabkan tapak pengeringan amat sukar diperolehi.

Usman merayu supaya pihak Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dapat memberi perhatian serius demi untuk keperluan masyarakat nelayan di kampung itu. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.