Syarikat terbabit dipercayai bukan saja menjadi agen pendaftar warga asing untuk negeri Pahang sahaja, malah seluruh Malaysia sebenarnya. Syarikat terbabit sebenarnya berdaftar dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membantu pekerja dan majikan melaksanakan Pendaftaran E-Data (RECOF) dan Proses Pengeluaran MY PERMIT untuk Pekerja Warga Asing. Maka itu wajarkah KDN menafikan keterlibatan syarikat berkenaan bagi menutup rahsia yang sudah tersebar ini. Foto dibawah adalah keratan blog syarikat itu yang telah dipadamkan. Malah mereka juga pernah membuat iklan jawatan kosong sebagai Pegawai Pemasaran / Ejen Pati. Cuba lihat iklan syarikat terbabit dari cawangan Rasah, Negeri Sembilan yang berjaya diperolehi ini. Soalnya, kenapa KDN begitu mudah nafikan kewujudan syarikat ini?
[Difahamkan, orang kuat cawangan syarikat ini di Temerloh mempunyai hubungan langsung dengan pihak Imigresen dan juga UMNO Bahagian tersebut untuk membolehkan mereka melaksanakan agenda jahat ini sejak sekian lama. Terdapat maklumat awal yang telah diterima mengatakan"mastermind" projek IC di Pahang ini masih lagi individu yang sama semasa di Sabah dulu. Pengalaman menipu rakyat Sabah kini digunakan di Pahang untuk memastikan kemenangan mutlak BN. Ribuan warga asing dari Mynamar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan sebagainya kini mempunyai IC dan mereka mendiami banyak penempatan yang baru dibuka di seluruh negeri Pahang. Agihan dibuat atas arahan pihak atasan semata-mata untuk pilihanraya. Maka itu, kenapa KDN cuba menyembunyikan fakta kononnya mereka tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran PATI atau menyediakan program khidmat imigran. Sedangkan hakikatnya ia memang berlaku?. Kenapa perlu tipu rakyat apabila anda khianat kepada negara ini. Oleh itu, rakyat digesa bangkit untuk membongkarkan lebih banyak kebobrokan kerja jahat mereka ini. Mereka ternyata terdesak untuk menang pilihanraya!. Lakukan perubahan sekarang jika tidak mahu pengkhianat ini melakukan agenda jahat mereka buat selamanya. Ubah sebelum lebih parah!].
PDO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.