`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 4, 2013

MENTERI DI JPM TIDAK LAGI TURUN PADANG?


Saudara Pengarang,
HUJAN lebat hampir 8 jam tidak berhenti menyebabkan beberapa lokasi di sekitar Apin-Apin Keningau dilanda banjir kilat pada 30 Mei 2013 ketika kami bersiap-siap mahu menyambut Pesta Menuai.

Kampung yang terlibat adalah Kg Kepayan Lama, Kg Sungoi, Kg Rangkai, Kg Gasabon, Kg Linsudan dan beberapa kampung yang berdekatan Sungai Pegalan.
Setakat ini, hanya Adun Bingkor yang sudah melawat kawasan banjir telah memberi sumbangan makanan kepada mangsa banjir dan diikuti Jabatan Kebajikan pula memberi sumbangan makanan kepada mangsa.

Tetapi saya agak hairan kenapa tiada bantuan tenaga dari Jabatan Bomba untuk membersihkan lumpur dan Jabatan Kesihatan tidak lagi bertindak memberi imunisasi kepada mangsa banjir untuk mengawal penyakit malaria dan taun kerana masih ada air bertakung dan lumpur kotor di rumah.

Polis pula tidak lansung mengerakkan angotanya untuk memberi pertolongan kepada mangsa yang hendak melaporkan kehilangan dokumen dan harta benda di mana Balai Polis Keningau terletak sejauh 30 minit dari kampung yang terlibat banjir.

Setakat ini, saya hairan kenapa tiada MP Keningau dan MP Pensiangan dan juga ADUN Sook turun Padang untuk melihat sendiri bencana alam yang berlaku kepada rakyat di DUN dan parlimen masing-masing. Adakah jawatan sebagai Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri hanya kerja duduk di Pejabat sahaja? Adakah ini dikatakan Rakyat di Dahulukan?

Saya berharap berita ini dapat sampai ke telinga mereka supaya bertindak lebih cepat dan pantas untnk menghulurkan bantuan dan mengerakkan Jabatan Kerajaan. Jangan tunggu sampai ada nyawa kehilangan baru mahu tunjuk Hero.

Salam Hormat,

MANGSA BANJIR KILAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.