KOTA KINABALU: Upko mahu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk memberi tumpuan kepada tugas barunya, sebagai Menteri Pelancongan, khasnya untuk mempromosi Sabah dan membiarkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Setiausaha Agung Upko (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut bersatu) Datuk Wilfred Madius Tangau berkata demikian ketika mengulas laporan yang memetik Mohd Nazri sebagai berkata, "pendatang tanpa izin tidak harus tinggal walau sehari lagi di Sabah tetapi, Malaysia bertanggungjawab menjaga mereka di bawah konvensyen Geneva."
Mohd Nazri, semasa satu sidang media yang diadakan selepas lawatannya ke Pasar Minggu Jalan Gaya, juga berkata beliau tahu mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah dan nyata membantah Sabah dibanjiri pendatang, khasnya pendatang tanpa izin dan tidak harus ada tolak ansur dan mereka harus dihantar balik.
Tetapi mengusir mereka tidak mudah kerana walaupun terdapat pendatang tanpa izin di Sabah, ada juga orang tidak bernegara, kata Mohd Nazri, menambah Kerajaan Negeri perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dijalankan kerana "jika tidak, kita tidak akan ada pekerja ladang."
"Menteri Pelancongan kini menumpu sepenuhnya kepada tugas barunya dan Upko ingin melihatnya memenuhi tujuan barunya untuk mempromosi Sabah sebagai satu usaha negara," kata Madius; susulan pertanyaan awam bahawa Mohd Nazri seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan tidak akan atau tidak dapat bertindak walaupun selepas RCI menamatkan siasatannya terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
"Berhubung pendatang tanpa izin, komitmen kami adalah untuk memastikan kesemua cadangan yang dibuat oleh RCI dilaksanakan," tambah Ahli Parlimen Tuaran itu.
Terlalu awal untuk bercakap tentang senarai penuh cadangan itu pada peringkat ini kerana RCI masih menjalankan lebih 100 saksi, kata Madius.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.