`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 6, 2013

Setelah berbulan-bulan menafikan.. akhirnya mereka mengaku..


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akhirnya mengakui projek KLIA2 tergendala teruk setelah berbulan-bulan menafikan kepincangan yang berlaku itu.

Pengakuan MAHB ini dibuat selepas Pakatan Rakyat (PR) beberapa kali mempertikaikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata, MAHB memberi alasan kelewatan menyiapkan kerja pembinaan yang sepatutnya siap pada September 2011 itu kerana beberapa bahagian projek yang gagal disiapkan kontraktor terbabit.

“Kami tidak terkejut apabila kontraktor utama projek itu menafikan dakwaan MAHB sebaliknya menyalahkan MAHB sendiri kerana memberi arahan berulang kepada kontrak asal,” katanya Pua dalam kenyataannya, hari ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mempertikaikan tindakan MAHB yang menyalahkan pihak kontraktor selepas dua tahun berlaku kelewatan.

“Jika ianya benar kesalahan pihak kontraktor, mengapa mereka tidak dikenakan denda dan ganti rugi yang ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) sejak September 2011 kerana kelewatan menyiapkan projek berkenaan,” katanya.

Menurut Pua, masalah membabitkan kontraktor itu tidak pernah disebut MAHB atau Kementerian Pengangkutan sepanjang 18 bulan lalu ketika beliau dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengetengahkan isu berkenaan.

“Akhirnya, MAHB sebagai pengurus projek dan pemilik serta semua mereka yang berada dalam pengurusan tertinggi syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kemelut dan perkara yang memalukan itu,” kata Pua.

Beliau dalam nada sinis turut berkata, penamaan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAHB Faizal Mansor sebagai CFO terbaik bagi Perhubungan Pelabur oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA) adalah sangat ironi.

“Permulaannya kos pembinaan projek KLIA2 itu kira-kira RM2 bilion tetapi sekarang meningkat 100 peratus kepada kira-kira RM4 bilion.“Peningkatan drastik ini menyebabkan MAHB perlu meningkatkan bon sebanyak RM3.1 bilion dan dijangka perlukan tambahan RM1 bilion lagi pada masa akan datang menyebabkan MAHB terpaksa berhutang,” kata Pua.

Awal tahun ini, Pua pernah mendedahkan pengumuman MAHB untuk menambah RM598 juta melalui penempatan saham baru mengesahkan lagi bahawa syarikat itu terdesak dan terjejas dengan kos pembinaan KLIA2 yang meningkat.

Ia sekaligus membabitkan dana kerajaan dan kepentingan rakyat secara langsung dengan MAHB melalui pemegang saham seperti Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Berhad (ASB). ~roketkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.