Bengang plak dia bila orang persoalkan text khutbah JAKIM. Isi khutbah yang merapu2 memang layak dipersoalkan pun. Lebih2 lagi bila menggunakan khutbah tersebut untuk mendapatkan sokongan dari orang ramai atas perkara yang tak betul faktanya.
Maksudnya kat sini, BN tak suka dengan satu2 benda tue, dan BN campuradukkan auta untuk membuatkan orang ramai juga perlu mempunyai perasaan tidak suka terhadap perkara itu agar sama sepertimana perasaan yang BN ada. Lepas tue laung2kan melalui khutbah agar perkara tersebut dapat diwar2kan sekaligus menimbulkan kebencian orang ramai terhadap perkara tersebut.
Sama seperti yang BN buat terhadap Pakatan Rakyat selama neh. Terhadap BERSIH. Terhadap TGNA, terhadap PAS, terhadap DAP. Terhadap Anwar Ibrahim. Pendek kata terhadap semua perkara2 yang BN tak suka atau yang mereka tak boleh terima.
Kenapa BN tak boleh terima?
Macam mana nak terima bila apa yang kita laung2kan itu bermaksud membongkarkan kegiatan tidak baik BN berkenaan hal2 rasuah, penyelewengan, kerugian dan pembaziran dana awam dan tidak bermoral pemimpin2 mereka.
Respon Jamil Khir ;
Dalam pada itu, Jamil Khir menempelak tindakan setengah pihak yang mempertikai khutbah yang dikeluarkan Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri yang didakwa menimbulkan masalah.Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/kebumi-segera-jenazah-anak-nasihat-jamil-khir-1.202863
"Ia (khutbah) tidak wajar menjadi isu, sebab Jakim menjaga hal ehwal berkaitan Islam di Malaysia dan ia termaktub dalam perlembagaan negara bahawa agama Islam harus dipelihara.
"Sejak bila pula orang luar (pihak yang tiada kaitan dengan Jakim dan jabatan agama negeri dan majlis fatwa kebangsaan) mencampuri urusan khutbah yang dikeluarkan Jakim?," katanya.
Respon aku.
1. Orang bukan menempelak isi khutbah tersebut.
2. Bukan orang benci sangat pun pada teks ucapan yang JAKIM sediakan.
3. Tapi orang menyampah bila JAKIM gunakan khutbah jumaat untuk serap agenda2 dan persepsi2 mengarut lagi karut.
4. Bayangkan khutbah jumaat digunakan untuk mencampakkan fitnah kepada beberapa perkara. Logik ke? Di saat ko sedang bercerita pasal dosa pahala, taubat apa bagai, pong pang pong pang pasal Islam blablabla.. ko sempat pula selit2kan citer fitnah. Logik ke?
5. Gunakan masjid untuk sebarkan agenda berbentuk politik. Sesuatu yang kerajaan cakap jangan buat, jangan buat, PAS jahat sebab dia selalu buat, tapi bila kerajaan buat, bagaimana pula? Jadi baik ke?
Itu sebab orang menemplak khutbah2 tersebut. Personally orang hormat dan memahami peranan JAKIM di negara ini. Tapi yang tak hormat pada orang tue ialah JAKIM sendiri. Dengan menganggap semua rakyat MALAYSIA ialah BODOH2 belaka, jenis tak pergi sekolah, takde akal, tak reti berfikir dan apa sebagainya sebenarnya tak betul.
Ibarat perbuatan mencuri la. Kita tahu benda tue salah bila kita buat. Tapi bila ada orang lain mencuri dan lakukan ia di depan mata kita, dia boleh bagi alasan bahawa dia tak mencuri tapi amek je buat harta.
Faham tak?
Jika kita tak izinkan orang lain berpolitik kat masjid, kita kutuk dan keji, jika kita larang tokoh2 tertentu jadi imam di masjid2 tertentu, kita kutuk dan keji, maka pastikanlah kita sendiri juga tidak melakukan perkara yang sama. Jika tidak, maka hadap je la bila orang kutuk dan keji kita since kita yang start dulu mengutuk dan mengeji orang kan?
KAH KAH KAH
-amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.