`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, September 30, 2013

HIKMAH PENGAWAL KESELAMATAN YANG KENA MAKI DAN DI TERAJANG OLEH ISTERI MAT YO .... KINI SEMAKIN TERKENAL DAN MENJADI TUMPUAN PARA PENGGUNA LAPANGAN TERBANG SUBANG SKYPARK !!!!!

Yang maki hamu, caci cerca hina dan terjang Pengawal Keselamatan ini isteri kepada pemilik kereta Mini Cooper .... yang hormat dia sebagai manusia ialah tuan punya kereta Mercedes Benz CLK.

Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.

Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.

Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.

Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.

Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.

Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.

Allah itu maha adil, maha kaya.

Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti.


BINI MAT YO HINA RAKYAT PUJA .. BINI MAT YO TENDANG RAKYAT JULANG!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.