`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 29, 2013

Anak arwah Ustaz Azizan belasah pihak polis ketika hari arwah meninggal

Payah memang payah dengan blogger pro UMNO. Aku tak tau nak cakap macam mana dengan puak-puak ni ..

Arwah dah meninggal pun masih terus menrus memburukkan beliau dan keluarga. Kali ini dakwaan bahawa ank isteri pertama arwah memukul dan membelasah anggota polis di hospital. Apa cerita ni ..?
 
Setakat ini aku tak dengar pun dalam tv ke, radio ke atau apa juga laporan tangkapan ..
 
Korang klik 'papar' untuk teruskan membaca ..


 
Rupa-rupanya ada insiden buruk yang berlaku sewaktu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil wad di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. 
 
Insiden yang memberikan gambaran atau imej buruk kepada ahli keluarga Azizan Abdul Razak itu, pastinya akan menjadi titik mula kepada perubahan pemilihan calon-calon di DUN Sungai Limau dalam PRK yang bakal diberikan tarikhnya oleh SPR sebaik-baik sahaja menerima notis daripada Speaker DUN Kedah berhubung kematian Azizan. 
Insiden tersebut berlaku semalam, lebih kurang pada pukul 11:55 pagi apabila seorang anggota polis dari IPD Kota Setar telah ditugaskan ke bilik Wad ICU. Anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk memantau dan merakamkan gambar-gambar yang berkaitan di situ. 

Aku tak tahu dan serba daif, siapa yang arahkan untuk mengambil gambar di dalam bilik ICU? Apakah boleh merakam gambar dalam bilik ICU? 
Anggota polis tersebut telah menjalankan tugasnya sepertimana yang diarahkan, termasuklah merakamkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang datang berziarah termasuklah pemimpin-pemimpin politik. 

Apa tujuan merakam gambar pemimpin yang hadir termasuk pemimpin-pemimpin politik? Apa motifnya ..?
 
Hal tersebut sampai ke pengetahuan salah seorang anak Allahyarham dari isteri pertamanya. 
Selesai menjalankan tugasnya, anggota polis tersebut keluar dari Wad ICU serentak dengan ketibaan Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir. Ketika dia melangkah keluar, anak lelaki Allahyarham Azizan telah menerpa dan memukul kepala serta menendang anggota polis tersebut berulang-ulang kali. 

Berlaku pergelutan yang turut membabitkan beberapa orang penyokong PAS. Anggota polis tersebut tidak melawan memandangkan ianya berlaku di pintu masuk utama, ditambah pula dengan keadaan sesak serta kehadiran Menteri Besar Kedah yang ingin menziarahi jenazah. 

Siapa pemimpin - pemimpin PAS tersebut ..? Kalau betul ada seperti yang didakwa .. sila tampil dan buat kenyataan. 
Seorang bekas pengawal peribadi dan anggota polis yang dikenali dengan nama Shahril telah cuba meredakan pergelutan dan pertelingkahan tersebut. Bersama-sama anak Allahyarham Azizan, Shahril telah memaksa anggota polis berkenaan dengan nada tinggi agar memadamkan kesemua gambar yang telah dirakamkan dengan menggunakan telefon tangan berjenama Sony XPeria Miro di hadapan khalayak ramai. 
Setelah gambar-gambar tersebut dipadamkan, anggota polis tersebut bersama-sama seorang detektif telah meninggalkan pekarangan hospital bagi mengelakkan kekecohan yang lebih besar. 

Anggota polis tersebut akhirnya membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya. 

Sebagai anggota polis yang sedang menjalankan tugas, sepatutnya anak lelaki Allahyarham Azizan lebih memahami dan tidak berhak memukul anggota polis terbabit. 
 
Sebaliknya dengan menggalas nama besar Allahyarham bapanya yang merupakan pemimpin yang disegani baik lawan mahupun kawan, seharusnya memadai dengan teguran dan permintaan agar tiada gambar yang dirakamkan dalam wad berkenaan. 
Tindakan samseng sebegitu, tidak akan memberikan sebarang penyelesaian. Barangkali anak lelaki Allahyarham Azizan yang terlibat dalam insiden tersebut tidak pernah tahu bahawa, Allahyarham bapanya adalah bekas pemimpin negeri. 
 
Justeru, sebarang langkah keselamatan perlu diambil oleh pihak berkuasa, terutama sekali polis. Rakaman gambar yang dibuat, bukan untuk diletakkan dalam album, sebaliknya sebagai rujukan seandainya berlaku sebarang masalah sepanjang tempoh jenazah berada di wad sehinggalah dikebumikan. 
Malangnya, kalau dah namanya orang PAS, mereka bukan sahaja sombong dan bodoh, bahkan berlagak samseng seolah-olah tiada undang-undang yang boleh menakluki diri mereka!
 
Penulis cerita tu tak ambil ikhtibar dari apa yang terjadi pada blogger papagomo. Agaknya nak suruh orang sumpah berguni-guni baru nak sedar .. 
*aku kutip dari blog : kedah69ers
 

  Apapun kita tunggu dan lihat cerita ini seterusnya ..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.