`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 26, 2013

Baru kahwin dengan Mat Yo dah lupa diri! - waspada pilih isteri


Ketika menunggu mee kari siap di R&R Ulu Bernam semalam datang dua orang gadis masuk ke kedai. Mereka sedang rancak dan asyik berbual sehingga tak perasa perbualan mereka agak kuat.

Saya terdengar mereka sedang komen dan marahkan Mat Yo dan juga Isterinya. Peristiwa isteri Mat Yo yang merakamkan sendiri aksi biadapnya pada pengawal keselamatan di Subang Skypark, menjadi isu hangat dan diperbualkan oleh ramai orang terutamanya golongan muda dan remaja yang mesra media sosial.

"Kalau dah dia kaya sangat, kenapa tak pergi letak kereta di kawasan parking dan bayar sajalah harga parking tu...", kata salah seorang gadis itu.

"Takkan tak ada duit nak bayar parking kot?, kata banyak duit sangat?", tambah seorang lagi.

Ketika saya membawa mee kari dan lalu di sebelah mereka, saya lalu bertanya, "kenapa marah sangat ni?, marah kat siapa?".

"BINI MAT YO!!!", serentak mereka menjawab dengan kuat.

Hari ini sempat saya mencari sedikit maklumat berkenaan isteri Mat Yo dan kejadian yang telah berlaku. Rupa-rupanya isteri Mat Yo ni memang kaki celupar dan bermulut laser. Pantas serta lincah mulutnya seperti kelincahan suaminya di atas padang bola.

Isteri Mat Yo dikatakan pernah mengucapkan 'anjing' pada Anuar Musa sebelum ini ketika Mat Yo berpindah dari Kelantan ke Johot DT. 

Apalah malangnya nafsu busuk isteri Mat Yo, baru kahwin dengan Mat Yo dan berlagak dan melampau, agaknya jika berkahwin dengan anak raja mahu dipancungnya rakyat jelata....! 

Moga kaum hawa ambil pengajaran dari peristiwa ini...begitu juga kaum adam. Berhati-hatilah memilih isteri jangan sampai dapat macam isteri Mat Yo!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.