`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 4, 2013

BN Tipu HINDRAF, HINDRAF Tipu India

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 3 September 2013 di Ipoh

                                       BN Tipu HINDRAF, HINDRAF Tipu India


Masyarakat India telah memberi sumbangan yang cukup besar untuk kemajuan dan pembangunan negara ini. Tetapi, kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengiktiraf segala pengorbanan kaum India. Tambahan pula, kaum India sering ditipu dan dipergunakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional. Lebih 50 tahun, MIC telah bersekongkol dengan UMNO untuk menipu dan menindas masyarakat India. Sekarang pemimpin-pemimpin lain pula diperalatkan untuk mencapai tujuan yang sama. Ini adalah kerana masyarakat India sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan MIC.

Pada 18 April 2013 berlaku satu lagi malapetaka untuk kaum India di negara ini. Media arus perdana telah  melaporkan insiden ini sebagai satu peristiwa bersejarah untuk masyarakat India.  Pada pandangan saya, apa yang berlaku pada hari itu bukanlah  perkara bersejarah untuk dibanggakan malah merupakan peristiwa titik hitam bagaimana Barisan Nasional sekali lagi menipu masyarakat India dengan mengatur strategi dengan begitu licik sekali.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji dengan HINDRAF untuk memperakui Pelan Tindakan 5 tahun yang digariskan oleh pertubuhan itu. HINDAF yang sebelum itu dianggap sebagai pertubuhan haram secara tiba-tiba diiktiraf penuh dan diberi penghormatan oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. HINDRAF menjadi rakan kongsi Barisan Nasional dan telah bersungguh-sungguh  membantu kemenangannya  dalam PRU13.

Pengerusi HINDRAF P. Waythamoorthy berkata hubungan HINDRAF dan Barisan Nasional akan membawa masyarakat India yang miskin ke mercu kejayaan selaras dengan pembangunan negara. Satu perjanjian telah ditandatangani diantara P.Waythamoorthy dan Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Tengku Adnan Tengku Manson dengan sokongan penuh dan restu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Barisan Nasional berjanji akan menunaikan Pelan Tindakan 5 tahun HINDRAF.  Perdana Menteri secara terbuka berkata  Pelan Tindakan HINDRAF adalah hampir sama dengan rancangan atau manifesto Barisan Nasional untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat India.

P.Waythamoorthy membuat keputusan untuk bersama Barisan Nasional selepas mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan dan pembangkang selama lebih kurang 8 bulan. Kononnya, Pakatan Rakyat tidak mahu memberi pengiktirafan kepada Pelan Tindakan 5 tahun untuk masyarakat India. Sebenarnya beliau lebih cenderung untuk mendapatkan beberapa kerusi Parlimen dan DUN untuk beliau dan ahli-ahli HINDRAF yang lain. Kesempatan itu digunakan oleh Perdana Menteri untuk menawarkan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika sekiranyan HINDRAF sanggup menarik pengundi kaum India menyokong Barisan Nasional dalam PRU13.

Perdana Menteri dalam ucapannya pernah menyeru P.Waythamoorthy untuk meminta semua ahli HINDRAF menyokong Barisan Nasional. Beliau juga berjanji untuk menubuhkan satu unit khas di Jabatan Perdana Menteri untuk menangani masalah kaum India secara khusus. Saya pasti tawaran jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah ditawarkan kepada P.Waythamoorty sebelum PRU13 sebagai ganjaran sokongan kepada Barisan Nasional. P.Waythamoorthy telah terluncur dari landasan perjuangan kerana ketamakan beliau serta godaan jawatan Timbalan Menteri.

Sudah lebih 100 hari selepas PRU13, apakah tindakan-tindakan kerajaan untuk melaksanakan perjanjian Pelan Tindakan 5 tahun? Setakat ini tidak ada apa-apa tindakan yang nyata untuk membantu masyarakat India terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial. Kerajaan tidak mengariskan apa-apa rancangan strategik yang khusus untuk membantu meningkatkan taraf hidup kaum India. Malah, setiap hari kita membaca dalam media masalah sosio ekonomi yang semakin meruncing yang dihadapi oleh kaum India.

 Kenapa P.Wayhamoorthy tidak berani membuka mulut berhubung dengan  Pelan Tindakan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sebelum PRU13. Sudah pasti jawatan Timbalan Menteri yang disandang olehnya akan tergugat jika beliau memberi tekanan yang berterusan kepada Perdana Menteri dan kabinetnya. Beliau juga telah diberi tamparan dan  pengajaran yang cukup oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussien apabila mempersoalkan kes tembak mati 5 orang India di Pulau Pinang. 
 
http://speakforperak.blogspot.com/2013/09/bn-tipu-hindraf-hindraf-tipu-india.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.