Pencemaran diesel |
Hujung minggu lepas hampir 60 peratus pengguna air di Lembah Klang menghadapi masalah bekalan air. Ada yang mengalami masalah tersebut hanya sehari, ada yang dua hari dan tiga hari. Bergantung kepada kawasan yang mereka tinggal. Antara kawasan yang terlibat adalah, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Masalah tersebut timbul berpunca daripada pencemaran diesel di bahagian hulu Sungai Selangor atau lebih tepat lagi di Rawang.
Pengendali loji rawatan air terpaksa menutup muka sauk (punca air masuk ke loji rawatan) sehingga diesel yang tumpah dibersihkan. Jika pengendali loji terus memproses air yang dicemari diesel, maka kita semua akan mendapat air yang berbau. Selain dari itu ianya boleh merosakkan mesin-mesin yang digunakan untuk merawat air. Apabila mesin rosak kita akan menghadapi masalah bekalan air yang lebih lama kerana proses membaik pulih mesin-mesin tersebut memakan masa yang agak lama.
Saya bukan nak bercerita bagaimana cara air dirawat, cara membekal air atau cara menyalurkan air.
Matlamat utama saya menulis perkara ini di sini adalah untuk berkongsi dengan anda bagaimana kesetanan pemimpin PKR yang memerintah Selangor melepaskan diri mereka dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Jadi saya terpaksa berceritalah sikit sistem bekalan air di Selangor supaya anda jelas apa yang utama yang saya hendak sampaikan.
Di Selangor apabila bercakap pasal air maka semua terus akan terlintas Syabas. Apabila tiada air hujung minggu lepas semua letakkan kesalahan kepada Syabas 100 peratus. Walhal yang sebaliknya Kerajaan Selangor yang menjadi punca utama 60 peratus penduduk Lembah Klang terputus bekalan air minggu lepas.
Mungkin ada yang berkata, kenapa pula Kerajaan Selangor sedangkan semua orang tahu Syabas yang membekalkan air ?
Inilah yang saya nak ceritakan....
Dalam soal membekal air kepada kita di Selangor dan KL sebanyak tiga pihak yang terlibat.
1) Kerajaan Selangor - Semua sungai-sungai dalam negeri Selangor yang menjadi punca bekalan air milik kerajaan negeri dan berada di bawah tanggungjawab mereka.
2) Pengendali loji rawatan - Pengendali loji rawatan ini terdiri dari tiga pihak, SPLASH, ABBAS dan PUNCAK NIAGA. Fungsi mereka adalah mengambil air mentah daripada Sungai Selangor dan merawat hingga bersih di loji-loji mereka dan menjualnya kepada Syabas. Untuk perhatian, Kerajaan Selangor memegang saham dalam SPLASH sebanyak 30 peratus melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
3) Syabas - Fungsi Syabas adalah membeli air-air yang telah dirawat oleh SPLASH, ABBAS dan PUNCAK NIAGA. Kemudian mereka bekalkan kepada kita.
Loji rawatan air |
Saya ulang sekali lagi, punca kita terputus bekalan hujung minggu lepas kerana Sungai Selangor dicemari diesel. Siapa yang bertanggungjawab menjaga Sungai Selangor ? Anda dah temui jawapannnya di atas.
Inilah yang saya katakan kesetanan pemimpin PKR. Punca dari mereka, salah mereka, orang lain pula yang mereka tuding jari.
SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diingatkan supaya tidak menggunakan alasan gangguan bekalan air mengambil jangka masa yang lama untuk dipulihkan sedangkan masalah pencemaran ini telah pun berjaya dikawal semalam.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Loji Sungai Selangor (SSP) SSP1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal semalam selepas ditutup sementara sejak kelmarin disebabkan pencemaran air akibat tumpahan diesel.
Menurutnya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal selepas kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenal pasti tiada lagi kesan pencemaran.
Sinar Online
SHAH ALAM 1 SEPT: Bekalan air di empat loji rawatan air yang terjejas sebelum ini, mencukupi bahkan ada kalanya melebihi paras yang ditetapkan, kata Elizabeth Wong Keat Ping.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu, berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tiada alasan lambat menyalurkan bekalan air kepada pengguna.
“Alasan Syabas masalah itu akan diatasi dalam tempoh hampir lima hari sukar diterima kerana tiada masalah air dihadapi di Sungai Selangor.
“Semua keempat-empat loji dalam kapasiti penuh,” katanya kepada TV Selangor sambil menyatakan bekalan air di Lembah Klang dijangka diatasi dalam masa terdekat.
Selangorku
Menteri Besar dan Exco sama-sama bodoh. Elizabeth Wong bodoh kita tak pelik kerana kita pun difahamkan sebelum dilantik menjadi Exco Selangor dia hanyalah seorang pelayan bar. Khalid pula memang sah-sah bodoh. Kalau dia cerdik dia tak lantik Elizabeth Wong yang kemaluannya dah tersebar ke seluruh dunia sebagai seorang exco.
Minta maaflah kerana saya terpaksa mengaku saya lebih cerdik daripada mereka berdua....
Dalam isu pembekalan air ianya tidak sama dengan pembekalan eletrik. Jika terputus bekalan eletrik kita akan terputus serentak. Rumah kau di Kuala Selangor tiada letrik, rumah saya di Puchong pun tiada letrik. Bila dah pulih, rumah kau lampu dah nyala, rumah saya pun lampu dah nyala.
Dalam isu bekalan air, katakah pengendali loji menutup pintu masuk air jam 10 pagi. Sampai jam 2 petang pun kita masih ada bekalan air kerana sumber air daripada tangki.
Contohnya begini....
Masalah ketiadaan bekalan air hujung minggu lepas kerana loji rawatan air di Bukit Badong, Kuala Selangor yang ditutup.
Katakanlah loji ditutup jam 10 pagi. Bukannya jam 10 pagi kita terus tiada air. Ianya akan mengambil masa beberapa jam sehingga air yang telah dirawat dalam loji habis. Dalam kes minggu lepas pengguna yang paling cepat tiada air adalah pengguna di kawasan Kuala Selangor kerana mereka dekat dengan loji. Tengahari Jumaat mereka telah terputus bekalan air. Saya yang tinggal di Puchong mengalami masalah air jam 3 pagi, Sabtu.
Bila bekalan air kembali pulih, pengguna di Kuala Selangor yang mendapat bekalan air lebih awal.
Sabtu pagi mereka dah dapat bekalan air. Saya yang tinggal di Puchong hanya mendapat bekalan air
pada Isnin pagi.
Sebab itu saya kata bekalan air tak sama dengan bekalan eletrik. Bekalan eletrik cukup dengan hanya petik satu suis semua selesai.
Bekalan air pula mereka terpaksa penuhkan segala paip yang besar-besar yang Khalid Ibrahim boleh main lari-lari dengan Elizabeth Wong dalam paip tersebut. Paip bila kosong maka akan jadi tempat udara berkumpul. Bila udara berkumpul dalam itu, air tak boleh masuk. Itu pun satu bab, kena kosongkan semua udara dalam paip, dalam tangki dan sebagainya. Tangki air rumah kita pun biasa dimasuki udara bila tangki kosong. Bunyi macam air masuk tangki, tapi air di paip tak keluar-keluar. Yang bunyi itu udara, bukannya air. Nak mengatasi masalah itu, tutup paip di meter dan buka semua paip dalam rumah untuk keluarkan udara. Biarkan 30 minit kemudian buka balik paip di meter.
Dalam kes yang berlaku sebab itu Syabas bagi tempoh maksimum selama seminggu untuk semua tempat pulih. Mereka sengaja janji lambat takut masalah timbul. Sedangkan dalam masa tiga hari semuanya selesai.
Yang dikatakan penuh oleh Elizabeth Wong adalah air yang di loji. Loji satu tempat di situ memang penuh. Apabila air loji di salurkan kepada Syabas ianya akan berpecah kepada semua bahagian. Ada air yang ke Klang, Shah Alam , Petaling Jaya hingga ke KL. Yang mana yang dekat akan dapat dulu. Yang jauh akan dapat kemudian.
Saya sendiri pun tak gembira dengan apa yang berlaku. Saya terpaksa ke Melaka pada hujung minggu lepas kerana tiada air. Balik Ahad malam ingatkan dah ada air, rupanya tiada lagi. Isnin pagi baru ada. Saya tak marah kepada Syabas....saya marah kepada Kerajaan Selangor kerana tidak jaga sungai. Bagaimana mereka tidak boleh kesan awal-awal ada pihak yang membuang diesel ke dalam sungai ? Kononnya Elizabeth Wong pejuang alam sekitar yang tulin dan sejati. Pergi dahhhhhh.....sungai yang dibawah tanggungjawabnya pun dia tak boleh jaga hingga dicemari diesel.
Inilah yang saya katakan kesetanan mereka. Segala masalah berpunca daripada mereka. Untuk lepaskan tengkuk mereka maka orang lain yang dijadikan kambing hitam. Tak setan ke jika begitu ? -rbfonline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.