`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 18, 2013

Ibrahim Ali kata Haji Hadi dan Surendran bodoh?


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan N. Surendran yang mempertikai program pemerkasaan ekonomi Bumiputera ekoran hal itu selari dengan apa yang digariskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjamin hak kaum majoriti dengan pembahagian ekonomi yang adil bagi mengelak ketegangan kaum.

Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali berkata Abdul Hadi berpandangan cetek dan tidak bertanggungjawab atas kutukan terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera demi untuk menjaga hati pengundi mereka.

"Haji Hadi dan Surendran jangan buat kenyataan bodoh dan bermain sentimen politik. Saya kecewa pemimpin politik tersebut melihat agenda Bumiputera sebagai satu isu politik dan untuk meraih undi.

"Mereka perlu melihat pengumuman Datuk Seri Najib Razak dengan kaca mata yang lebih besar dan merupakan satu agenda nasional kerana kaum Melayu merupakan 60 peratus dari komposisi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata landskap ekonomi di Malaysia unik kerana meskipun orang Melayu merupakan majoriti 60 peratus kaum di Malaysia tetapi pegangan ekonomi yang ingin dikuasai hanya 30 peratus sambil menjelaskan insentif kerajaan adalah langkah tepat bagi mengagihkan kekayaan negara.

Katanya, Perkasa kali ini akan memastikan segala yang diumumkan Perdana Menteri terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera dilaksanakan dengan berkesan dengan mengambil beberapa pendekatan pemantauan.

"Perkasa akan menghantar memorandum cadangan kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) setiap tiga bukan unruk memastikan segala yang dicadang mampu dilaksanakan.

"Selain itu kami menyarankan kepada kerajaan agar menubuhkan Permodalan Nasional Berhad 2 (PNB 2) bagi menambah keberkesanan badan itu di mana Petronas Carigali diletakkan sebagai agensi utama selain syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengelak pihak yang mengambil untung dalam jangka masa pendek.

"Dengan kaedah ini, perbekalan dapat diperkasakan selain meningkatkan nilai tambah kepada kontraktor Bumiputera selain diadakan satu unit pemantau terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC yang tidak mencapai KPI," katanya.

Ibrahim berkata Perkasa unit pemantau itu terdiri daripada anak muda Melayu profesional untuk memantau CEO GLC selain memecat individu itu sekiranya tidak mencapai KPI.

Katanya, KPI GLC adalah agenda nasional dan tidak teragak-agak untuk memalukan CEO itu dengan mengedar risalah kepada umum.

"Saya akan pekik 'wanted' CEO GLC kerana mereka ini diberikan gaji yang besar dan kedudukan yang tinggi tetapi lupa akan agenda nasional.

"Perkasa nak pastikan apa yang diumumkan Perdana Menteri jadi kenyataan kerana kita tak mahu jadi macam yang lepas-lepas; umum, seronok, tetapi tiada apa yang dicapai," katanya yang mengingatkan pihak tertentu insentif yang diumum Najib tempoh hari adalah satu tanggungjawab kerajaan kepada kaum Bumiputera ~ The Malaysian Insider

Hmmm.. Entah GLC manalah yang diidamkan oleh Ibrahim Ali ini, sehingga begini rupa dia membodek Najib..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.