Isteri Matyo maki hamun Pengawal Keselamatan - jom tengok katsini dan sini
Harga seoraang wanita dan nilai seorang suami?
Tak malukah Mat Yo?
Agak siapa yang 'dayus' dan siapa yang bodoh di sini?
Dari Malaysia Insider -
Kisah gaduh bini Mat Yo dan pengawal keselamatan jadi topik hangat di laman sosial
Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara, Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih popular dipanggil Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mencetuskan topik hangat di kalangan pengguna internet sejak beberapa hari lalu.
Kebanyakannya mengutuk perbuatan isteri pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dikenali sebagai Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook "Kami Benci Bini Mat Yo" sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan itu.
Masyarakat internet (netizen) menyifatkan perbuatan itu kurang ajar dan dilakukan oleh orang yang lupa diri (merujuk pada Shahrul Aishah).
"Bila kita jadi ahli keluarga artis, janganlah berlagak, bila kita jadi adik beradik kepada selebriti, janganlah sombong, bila kita jadi isteri kepada pemain bola sepak yg masyhur pun, janganlah bercakap angkuh hingga menghina org lain.Kejadian itu turut mendapat perhatian Imam Muda musim ketiga, Fakhrulrazi Ibrahim atau Arazzi apabila turut memberi komen berhubung perkara tersebut.
"Kita mengata org bodoh. Apa sudah benar-benar pandaikah kita bila akhlak dan salakan mulut kita mengalahkan kita mengata orang dayus. Apa sudah benar-benar jantankah suami kita yang hanya melihat kita memaki hamun, diam seribu bahasa, tergamam, malah berkasar dengan orang lebih berumur ,"katanya dipetik melalui laman Facebook.
Sebelum ini, kekecohan timbul apabila Shahrul Aishah memuat naik rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan pergaduhan mulut antara dia dan pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, 49, yang dirakamkannya sendiri.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 12 September, jam 11.42 pagi ketika pengawal keselamatan itu sedang bertugas mengawasi lalu lintas di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Azman mendakwa, pasangan suami isteri itu yang membawa kereta jenis Mini Cooper berwarna putih meletakkan kereta di tempat menunggu.
Katanya, beliau kemudiannya mengarahkan pasangan itu mengalih kereta, namun Mat Yo meminta kebenaran untuk berhenti seketika dengan alasan mahu membeli tiket.
Bagaimanapun, katanya, selepas hampir 10 minit, kenderaan yang dipandu Mat Yo tidak beredar menyebabkan Azman meminta pasangan itu beredar dan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam.
“Saya minta mereka beredar ke tempat letak kenderaan awam jika mahu berhenti lebih lama supaya tidak mengganggu lalu lintas.
“Tindakan saya mengundang rasa tidak puas hati wanita itu (isteri Mat Yo) yang mempertikaikan tindakan saya, selain mendakwa mereka kerabat diraja dan suaminya bekerja dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ).
“Selepas berulang kali meminta mereka beredar, wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi dengan mengatakan saya bodoh dan dayus, selain merakam (menggunakan telefon) dari dalam keretanya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis berikutan kejadian itu.
Sebelum ini, isteri bekas penyerang pasukan Kelantan itu pernah menimbulknan kontroversi apabila menggelar Presiden Bolasepak Kelantan(KAFA), Tan Sri Annuar Musa anjing.
Dia dikatakan menulis komen itu melalui laman Facebooknya dipercayai berkaitan dengan isu perpindahan pemain itu menyertai pasukan Johor Darul Takzim FC. – 26 September, 2013.
# Pada aku : Benci manusia kurang ajar dan besar kepala walau pun siapa dia!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.