Kita semua rakyat marhaen mesti pernah pergi mencekik bersama keluarga di medan selera.
Kita tidak mampu menyerahkan batang leher untuk disembelih di Ritz, Glitz mahu pun di Blitz. Kopi dan kiub gulanya pun sama harga dengan beras Jati 10 kilogram.
Medan selera tiada prestij, manusia keluar masuk lalu lalang.
Selain tauke gerai, budak Cina jual DVD turut mencari makan. Kadang-kadang ada Kakak Gedebap jual moist cake. Ada Mat Indon menjaja batu geliga asli yg dipungutnya sendiri dari mulut naga. Bangla jual karpet dan mengkuang pun ada! Itu aku betul2 menyampah.
Paling aku tak selesa, penjual kerepek.
Sebab penjual-penjual kerepek ini rata-ratanya wanta berumur yg bayanya lebih kurang mak aku. Sedih aku.
Dibawah ini aku paparkan artikel yg dipungut dari http://samadjfr.blogspot.com mengisahkan wanita tua penjual kerepek.
Wanita Tua Itu..
jam kurang lebih 12 malam.. pulang dari menonton wayang gambar di teluk intan.. menyangkut di medan selera.. memesan semangkuk sup dan seekor puyuh digoreng berlada.. tanpa nasi.. sambil berkomentar tentang hidup.. kenyang melayan perasaan..
secara tiba-tiba disapa.. seorang wanita tua yang lesu wajahnya.. membawa karung plastik besar berwarna merah pada kiri dan pada kanan lengan.. aneka kerepek terisi di dalamnya.. tanpa diminta.. beberapa bungkus kerepek disusun di atas meja.. wanita tua tidak bersuara.. selain menyebut harga.. 3 bungkus 10 ringgit.. aku ambil sebungkus dan hulurkan not 10 kepadanya.. "cukup.. selebihnya untuk makcik".. wanita tua berlalu tanpa ucapan terima kasih..
wanita tua terus bergerak dari meja ke meja.. kebanyakan masa, kehadirannya tidak dipedulikan..
wanita tua..
memandang susukmu seumpama aku melihat kelibat arwah ibu.. ahhh.. kecamuk fikir mengeluarkan kuku lalu mencakar-cakar jiwaku.. ketuaanmu menyebabkan aku berasakan kau tidak sepatutnya dalam keadaan itu.. keletihan-merayu-berlegar di pasar manusia untuk mempertaruh untung nasib.. di mana anakmu..?
wanita tua..
pulanglah.. kerana aku bimbang.. kau tidak berkesempatan mengenal waktu rehatmu..
Beli aje la. RM10 dapat 3 paket.
Marlboro RM10.50 sepaket mampu beli. Appa raaa!
Marlboro RM10.50 sepaket mampu beli. Appa raaa!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.