`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 2, 2013

KONGSI GELAP DILINDUNGI OLEH AHLI POLITIK & VIP !!

Walau pun kumpulan kongsi gelap didakwa mendapat sokongan atau pelindungan segelintir ahli politik atau orang kenamaan (VIP), pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan jenayah.  

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehubungan itu kumpulan kongsi gelap tidak perlu menganggap diri mereka kebal daripada tindakan undang-undang. 
"Kita sudah lihat bagaimana ada orang politik menyuarakan sokongan terhadap penjenayah dan menghentam tindakan polis, namun mereka (penjenayah) ini tidak juga kebal kerana kita tetap teruskan (tangkapan), malah ramai juga yang ditangkap," katanya. 
Menurut beliau, kuasa polis tidak akan dapat diatasi walaupun penjenayah mendapat sokongan daripada mana-mana orang politik, penguatkuasaan undang-undang tetap akan dilaksanakan. seterusnya
Realitinya, no one is above the law.  Dan penjenayah mesti dihadapkan ke mahkamah. Tetapi ahli-ahli politik pembangkang bertindak populis tetapi bodoh apabila cuba mengambil kesempatan ke atas tindakan pihak polis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.