`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 5, 2013

Perkasa mahu Pemandu dihapuskan

Datuk Ibrahim Ali berkata, menggajikan pegawai, pakar dan penasihat bekerja secara kontrak sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan adalah satu pembaziran.
UPDATED
KUALA LUMPUR: Badan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan supaya Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditutup.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, menggajikan pegawai, pakar dan penasihat untuk bekerja  secara kontrak sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan adalah satu pembaziran.
Katanya, ia sebagai satu langkah adil kerajaan mengatasi masalah defisit negara tanpa perlu membebankan rakyat yang terpaksa menanggung pengurangan subsidi petrol dan diesel.
“Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tak ada pakai Pemandu pun, Unit Perancang Ekonomi yang ada sekarang dah cukup,” katanya dalam sidang media hari ini.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkannya kerana percaya EPU dan agensi kerajaan lain mampu
menjalankan fungsi yang sama seperti Pemandu tanpa melibatkan kos yang banyak.
Manakala pakar dan penasihat tempatan perlu diberi kepercayaan menerajuinya lebih ramai berbanding mengambil tenaga pakar daripada luar negara.
“Kita semua tahu kakitangan kerajaan lain pun tak senang hati dengan Pemandu yang diberikan gaji berpuluh ribu. Ini semua tak perlu, perkasakan saja EPU.
“Boleh ambil pakar luar negara tapi satu dua sajalah sebab kita ada beribu profesor di universiti tempatan,” katanya.
Langkah alternatif
Ibrahim berkata, Perdana Menteri perlu bijak mengemukakan langkah alternatif sekiranya benar-benar mahu mengurangkan kadar defisit negara dan bukan hanya mengurangkan kadar subsidi minyak semata-mata.
Langkah itu termasuk memotong gaji menteri, pegawai kakitangan awam berpangkat tinggi berpangkat  Jawatan Gred Utama Sektor Awam (Jusa) termasuk ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara lima sehingga 10% selain mengurangkan perbelanjaan penganjuran majlis rasmi.
“Kalau nak kurangkan defisit maka sepatutya secara serentak kena tengok belanja negara yang kita rasa tak produktif atau yang perlu dikorbankan.
“Tentu rakyat akan rasa lega tengok gaji menteri dipotong 5-10%…kena serentak maka rakyat tentu rasa ini tindakan betul dan mereka boleh
terima,” katanya.
Pemandu ditubuhkan pada 16 September 2009 bertujuan menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong
penyampaian program transformasi kerajaan selain menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Pengerusinya adalah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon manakala jawatan Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Selain itu, beliau juga mahu Najib mendedahkan senarai nama individu yang menerima projek Bumiputera melalui bantuan berjumlah RM4.2 bilion.
Katanya, Najib perlu menyenaraikan secara terperinci saiz projek termasuk nama syarikat yang menerima bantuan tersebut.
“Sekarang ni ada cerita Bumiputera tak dapat projek. Cakap kat luar tak dapat tapi sebenarnya dia dapat banyak faedah.
“Bagi lebih mendalam,  jadi kurang sikit orang merungut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.