`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 5, 2013

PRIBUMI ALU-ALUKAN KDN BANTERAS PATI SELURUH NEGARA

BANTERAS...Kelihatan pihak Jabatan Imigeresen sedang membuat pemeriksaan kepada PATI


TAWAU:- Pihak Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) menyambut baik usaha dan tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak membanteras besar-besaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh negara.





Presidennya Datuk Mohd Jeffry berkata demikian kepada Ketua Biro Sabahkini.Net ketika diminta pengulas tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamadi yang mengarahkan pasukan berunifom antaranya PDRM, Imigresen, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) bagi membanteras dan menangkap PATI di seluruh pelusuk negara termasuk Sabah.
Kata Jeffry, semua anggota berunifom yang dikerah untuk melibatkan diri dalam operasi tersebut agar dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah, jangan sesekali terpangruh bila nampak 'RM' yang diberikan oleh yang terlibat dalam mendalangi kemasukan PATI ini maka mata terus menjadi juling.
Jeffrey menambah lagi, dengan kebanjiran PATI ke negara ini khususnya di Sabah 60 peratus daripada mereka terlibat dalam pelbagai jenayah dan juga mereka begitu mudah menjadi pembunuh upahan dari orang-orang tertentu dengan bayaran dan ganjaran yang agak lumayan
“Saya bagi pihak PRIBUMI amat mengalu-lukan usaha murni kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dapat menunaikan janjinya untuk membanteras habis-habisan kebanjiran PATI yang tidak memiliki pas perjalanan yang sah.
Sementara mereka (PATI) yang mempunyai pas yang sah dan bekerja di ladang-ladang sawit dan sebagainya kita hargai sumbangan dan tenaga mereka dan bekerjalah dengan sebaik-baiknya dan patuhi undang-undang negara Malaysia yang sedia ada dan nasihat saya jangan sesekali kamu melibatkan diri dalam jenayah nanti padah akibatnya,” tegas Jeffry.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.