`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 3, 2013

Rakyat ‘suspects everybody and trust nobody’

Aspan Alias, TMI
Banyak cadangan dari banyak pihak supaya Anwar mencadangkan dialog perpaduan yang beliau mahukan itu di Parlimen jika serius untuk melihat perpaduan itu. Ramai berpendapat jika ia dilakukan cara itu, ia jalan paling ‘transparent’ sekali dan boleh dilihat dan didengar rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Dengan cara itu maka ia bermakna membawa rakyat sekali bersama-sama untuk mengambil keputusan besar itu dan jika hasilnya tidak sebaik mana pun, rakyat akan menerima beban kegagalan itu. Rakyat akan merasakan yang mereka dibawa bersama dalam mengambil satu-satu keputusan besar itu.
Ia tentu lebih baik daripada berunding antara dua orang yang sedang dalam keadaan terdesak dan mahukan rakyat menerima sahaja apa yang mereka berdua putuskan. Berunding cara terbuka ini yang sebaik-baik cadangan daripada perundingan yang dilakukan dalam semak atau di sebalik bukit yang tidak diketahui umum.
Berunding dalam gelap ini, walaupun berdua sahaja mereka akan ditemankan oleh pihak ketiga, iaitu syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis akan sentiasa menghasut untuk mempengaruhi segala keputusan mengikut kemahuan batil yang menguasai diri mereka yang berunding itu. Jika dilakukan perundingan hanya berdua sahaja, maka pihak ketiga yang tidak nampak di pandang mata itu akan menghasut sesama mereka berdua sebelum sebarang keputusan diambil.
Iblis dan syaitan akan menasihatkan mereka berdua untuk bersetuju bagi menutup kesalahan mereka kepada rakyat. Iblis dan syaitan akan menutupi segala kesalahan mereka (jika ada) daripada pengetahuan rakyat yang sebenar-benarnya empunya kepada negara dan hartanya sekali. Dua orang yang dihasut iblis dan syaitan itu akan digerakan oleh pengaruh batil itu untuk berjanji melindungi masalah masing-masing dari pengetahuan rakyat khususnya kepada ahli parti masing-masing.
Maka perundingan secara terbuka itu tentu di Dewan Parlimen premis yang paling sesuai untuk matlamat perpaduan itu. Berunding secara terbuka itu akan dapat menyelesaikan masalah rakyat sekali. Jika mereka berunding dalam semak dan belukar mereka akan hanya menumpukan kepada menyelesaikan masalah peribadi mereka sahaja.
Rakyat akan bertanya kepada Najib, sudahkah perundingan itu dipersetujui komponen BN sebelum berunding? Bagitu juga bagi Anwar, sudahkah PAS dan DAP dimaklumkan dan mendapat persetujuan mereka? Rakyat  tidak boleh dibohongi lagi kerana mereka (rakyat) sudah mengenali siapa mereka yang sedang dalam perundingan itu.
Rakyat mampu bersama memberikan input terhadap isu yang dikatakan sebagai isu penting untuk dibincangkan dan tidak akan hanya tertumpu untuk mengatur siapa yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pertama dan kedua misalnya.
Jika ada hasrat untuk Selangor dikembalikan kepada BN dan Umno sebagai alat kompromi pihak Pakatan Rakyat, sudahkah dipersetujui ahli komponen Pakatan Rakyat? Bagaimana cara melakukannya? Adakah cerita PKR akan dibubarkan dan kembali semuanya ke dalam Umno yang tersiar satu ketika dulu akan menjadi kenyataan? Biar ia dilakukan dalam keadaan terbuka dan rakyat tidak akan menyalahkan sesiapa jika perundingan itu membawa kepada keadaan yang tidak dijangka pada masa depan.
Sebenarnya tidak ada siapa yang tidak mahu bersatu. Tetapi kemusykilan rakyat itu sentiasa wujud kerana rakyat sudah terlalu biasa dikelirukan pemimpin sebelum ini, baik mereka yang memimpin kerajaan atau yang memimpin pembangkang. Pemimpin BN dan pembangkang tidak boleh menyalahkan orang ramai kerana mereka mengalami banyak insiden buruk hasil permainan politik pimpinan masing-masing.
Rakyat sekarang sentiasa dalam keadaan tertipu dan kekeliruan kerana perlakuan pemimpin selama ini.
They suspect everybody and trust nobody’ kerana dalam politik jejak kita dalam air sekali pun mampu diikuti pihak lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.