`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 26, 2013

Teksi Satu Malaysia Di Perkenalkan..

HAHAHAHAHA

Aku tatau la kerajaan BN neh.. aku tergelak2 je tengok peel dorang sekarang. Nak bahan isu neh aku pun taktau sangat apa yang nak dibahankan. Cuma aku tak sangka plak dorang boleh buat inisiatif macam neh.

TEKSI 1 MALAYSIA?

Agak lucu gak sebab jenama 1Malaysia neh branding yang dah tercemar dan tercalar reputasinya. Berikut kat bawah neh aku jumpa satu video yang amat menarik perhatian aku. Korang tengok dulu ;


 

Buat permulaan aku takmo cakap apa2 yang negatif sangat tentang benda yang tak pasti. Walaupun jauh di sudut ahti, benda2 yang begini mesti side negatif lebih banyak berbanding side positif. Takpe. Relax dan cool je dulu.

Apa yang aku diberitahu tentang teksi neh serba sedikit ialah ;

1. Teksi 1Malaysia akan mula beroperasi seawal bulan oktober 2013.

2. Teksi 1Malaysia ialah satu skim yang diperkenalkan oleh SPAD untuk meningkatkan taraf hidup pemandu2 teksi di negara ini.

3. Setakat neh 1,000 lesen dah dikeluarkan selepas permohonan mengenai TEKSI 1Malaysia dibuka.

4, Yang menariknya, pemandu2 yang bawa teksi neh bukan orang baru tapi orang lama. Dengar citer je la. Harap2 betul. Yang dulunya menyewa teksi dari syarikat2 teksi. Tapi kadar sewa yang dikenakan sangat mahal. Makin lama makin tertekan pemandu teksi dibuatnya. Then mereka diberikan peluang untuk bawa teksi di bawah skim Teksi 1 Malaysia.

Maksudnya kadar sewaan lebih rendah la ek?

Kalau tengok kat video, teksi tue memang nampak cantik. 

Dan kalau sewa bulanan dah rendah, tambang teksi pun mestilah lebih rendah juga kan. Kalau betul la tujuan nya untuk ;

1. Membantu meningkatkan pendapatan pemandu2 teksi semalaysia,

2. Membantu rakyat mendapatkan lebih pilihan untuk pengangkutan yang murah lagi effisen,

3. Menyediakan persaingan sihat sehingga membuatkan syarikat2 teksi turunkan kadar sewa bulanan mereka sekaligus menguntungkan pemandu2 teksi dan pelanggan2 yang menggunakan perkhidmatan teksi,

Maka inisiatif ini aku puji. Buat pertama kali nya aku nampak branding 1Malaysia sesuatu yang wajar dihargai. Patut diperluaskan ke seluruh negara tanpa kira negeri.

Itu kalau ini tujuan nya. Kalau sekadar nak kayakan kroni, lepas tue pemandu teksi kena tanggung macam2 karenah, lain citer pula ek.

Apa pun kita tunggu dan lihat dulu la keadaan dia macam mana. Dah beroperasi nanti baru boleh sembang kencang.

Hehe.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.