Penduduk sudah menerima sepenuhnya projek mega petrokimia RM60 bilion di kawasan itu, kata Umno bahagian.
PETALING JAYA: Penduduk sekitar Pengerang di Johor sudah menerima sepenuhnya projek mega petrokimia RM60 bilion di kawasan itu, kata Setiausaha Umno bahagian, Ghazali Abas.
“Suara-suara sumbang yang membangkang atau membantah projek berkenaan seperti sebelumnya tidak lagi kedengaran, sebaliknya telah menyokongnya.
“Wang pampasan kerana pengambilan tanah penduduk sudah dibayar, rumah-rumah baru sedang dibina dengan kelengkapan moden.
“Jumlah pampasan bergantung kepada keluasan tanah,” katanya.
“Jumlah pampasan bergantung kepada keluasan tanah,” katanya.
Pada peringkat awal, projek petrokimia yang bernilai RM60 bilion itu dibantah oleh sebilangan penduduk kerana tanah mereka diambil dan mereka terpaksa berpindah.
Menurut Ghazali, isu itu menjadi reda setelah pihak kerajaan serta pemaju mengadakan sesi penerangan kerpada penduduk.
“Rumah-rumah akan siap penghujung tahun ini dan penduduk akan berpindah selepas itu,” kata Ghazali lagi.
Masalah-masalah tanah perkuburan, tambah beliau yang sebelum ini menjadi rungutan, juga berjaya diselesaikan dengan baik.
Kompleks penapisan minyak tersebut dijangka mula beroperasi pada suku keempat 2017.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.