`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, June 28, 2014

CUBA TEKA MACAI MANA YANG LEMPARKAN KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH YB RAYER?????



Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer di Jalan Tingkat Tembaga, Island Park pagi ini.

Rayer berkata ia ditemui isterinya ketika hendak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah pada kira-kira jam 7 pagi.

Selepas diberitahu isterinya mengenai perkara itu, Ryer berkata beliau turun ke bawah dan ternampak kepala lembu itu di pintu pagar depan rumahnya.

"Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan mengapa. Kita tidak mahu membuat spekulasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Bagaimanapun, pemilik kedai di depan rumah saya melihat kejadian itu, dan berkata seorang lelaki datang dengan menaiki motosikal dan melemparkannya ke sana," katanya.

Rayer berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu lewat hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.