`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, June 30, 2014

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Tahun 2014 / 1435H

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.


Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadan :

HukumWaktu Bayaran Zakat
WajibMulai terbenam matahari akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya
Paling AfdhalSebelum Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri
SunatSepanjang bulan Ramadan
MakruhSelepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
HaramSelepas terbenam matahari pada satu Syawal, hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Berikut adalah kadar zakat fitrah yang ditetapkan diseluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014/1435H :

NegeriKadar Zakat (RM)
Perlis6.50
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.70
Johor6.70
Pahang7.00
Terengganu7.00
Kelantan7.00
Sarawak7.00
Sabah7.00
WP Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.