`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 28, 2014

Jeffrey: Sabah, Sarawak boleh memaksa Putrajaya mematuhi MA63

Perbezaan di antara Sabah dan Sarawak adalah kehadiran Umno di Sabah dan bukan di Sarawak.
Jeffrey KitinganMELBOURNE: Seruan untuk Perjanjian Malaysia 1963 ditegakkan hendaklah didukung sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah-masalah di Sabah dan Sarawak, semakin hangat di bicarakan kedua-dua negeri ini, kata ahli politik Sabah Jeffrey Kitingan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor itu menegaskan bahawa kerajaan persekutuan harus sedar Sabah dan Sarawak  yang menyumbang secara besar kepada kemenangan BN.
“Sokongan politik kepada BN di Semenanjung berpecah-pecah, jadi kami lah yang menjadi penentu kemenangan BN,” katanya pada forum bertajuk ’Malaysia di Persimpangan’ di Melbourne pada hari Selasa 24 Jun lepas. ”Jika kami beralih menyokong pembangkang, BN akan tumbang.”
”Perdana Menteri menyadari hakikat ini, namun Sabah dan Sarawak tidak mengambil kesempatan untuk menekan kerajaan persekutuan.
Jeffrey, yang juga Pengerusi Borneo Heritage Foundation mencadangkan supaya Ketua Menteri Sarawak  Adenan Satem, dan  Ketua Menteri Sabah Musa Aman bekerjasama untuk membawa Najib ke meja rundingan.
Sarawak jelas mempunyai cukup kerusi untuk menjatuhkan BN
“Persoalannya adalahlah sama ada Musa cukup berani untuk menerima panggilan telefon dari Adenan,” kata Jeffrey.
Beliau berkata perbezaan utama di antara Sabah dan Sarawak adalah kehadiran Umno di Sabah dan bukannya di Sarawak.
“Tetapi saya telah melihat perubahan dalam sikap Sarawak yang berani bersikaptegas kerana ia menyadari ia mempunyai cukup kerusi untuk menjatuhkan kerajaan,” kata Jeffrey.
Pada pendapat beliau, gabungan Sabah-Sarawak akan mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memaksa Putrajaya supaya mematuhi Perjanjian Malaysia 1963.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.