`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 30, 2014

Perkasa sokong Zahid, dakwa kaum lain singgung kedudukan Melayu

Tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata insiden kepala lembu di depan rumah Adun Seri Delima bayaran atas keceluparannya disokong Perkasa. Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata insiden kepala lembu di depan rumah Adun Seri Delima bayaran atas keceluparannya disokong Perkasa. Gambar fail The Malaysian Insider.Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyokong kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam isu kepala lembu yang ditinggalkan di rumah pemimpin DAP, RSN Rayer baru-baru ini.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata insiden tersebut adalah sebagai peringatan kepada kaum lain agar tidak menyinggung perasaan orang Melayu.
"Perkasa bukan mahu membodek atau mengampu Zahid tetapi memang tepatlah komen beliau atas isu kepala lembu dilempar di depan rumah Rayer.
Beliau berkata, tindakan sedemikian berlaku kerana bukan Islam yang mula menyinggung mempersoalkan tentang kaum Melayu dan Islam.
"Pihak tertentu bukan Melayu yang membuat kenyataan terlebih dulu jelas membuat provokasi terhadap orang Melayu dan Islam.
"Pelbagai isu membabitkan pihak bukan Melayu dan bukan Islam lebih dulu membuat kenyataan singgung perasaan orang Melayu dan Islam," katanya.
Beliau berkata, sikap bukan Melayu yang bermain isu sensitif seperti menyentuh hak Bumiputera, kroni dan menyokong LGBT (lesbian, gays, biseksual dan transgender) antara yang boleh menyebabkan Melayu terguris.
"Kamu mula dulu kami menjawab. Jangan melenting kerana kamu memulakan dulu," katanya.
Zahid sekali lagi mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyatakan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di depan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima sebagai balasan ke atas keceluparan mulutnya.
"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid Sabtu lalu.
Zahid bukan sahaja dikecam oleh DAP yang lantang menyatakan menteri itu harus berundur daripada jawatannya malah parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri turut mengecamnya.
Gerakan berkata, Zahid perlu melihat insiden itu secara serius kerana ia bukan merupakan perkara main-main memandangkan ia melibatkan keselamatan wakil rakyat.
Rayer sebelum ini mencetuskan kontroversi susulan kenyataannya "celaka Umno" yang dibuat ketika sidang DUN Pulau Pinang bulan lalu.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.