`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, June 29, 2014

KEMALANGAN NGERI DI LPT 2 , MAYAT MANGSA TERSANGKUT


Chukai: “Hati bapa mana tak sebak apabila melihat tubuh anak tersangkut dan melekat pada besi penghadang pembahagi lebuh raya,” kata Shafie Bilal Ismail, 43, bapa kepada Muhammad Shafiq, 15, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ditunggangi seorang buruh ladang warga Indonesia, Muhsan, 47, yang turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada lima beradik menunggang secara berkumpulan dengan beberapa rakannya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya.



Shafie berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah jam 1 tengah hari ketika anaknya memaklumkan mahu solat Jumaat sambil menyatakan   tidak tahu bila akan pulang.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.