`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, October 15, 2015

Banjir di Meru, Klang

Klang: Seramai 21 penduduk Kampung Haji Mohd Shariff, Meru, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan selepas kawasan rumah mereka dinaiki air kira-kira 9 pagi tadi.
Kejadian itu berlaku selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu dan air dari parit melimpah di kampung berkenaan dan beberapa lagi kawasan di Meru.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sungai Pinang Zaidi Ahtan berkata, penduduk yang membabitkan lima keluarga itu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Dewan Orang Ramai Taman Meru 3, di sini.
"Mangsa yang dipindahkan membabitkan tujuh lelaki, tujuh perempuan serta tujuh kanak-kanak.
"Penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara itu sehingga air surut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 4:36 PM
Kawasan sekitar Meru yang dinaiki air dan suasana di pusat pemindahan. FOTO Ayusliza Azizan
- hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.