`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 31, 2015

Soalan tambahan MP Temerloh jadi bahan sindiran dilaman sosial.. (Video Inside)


Memang melucukan apabila seorang ahli parlimen PAS dari Temerloh, YB Nasruddin bin Hassan yang bangun untuk mengutarakan soalan tambahan selepas Kementerian Kewangan menjelaskan berkenaan dengan isu permohonan institusi kewangan asing untuk menjalankan perniagaan perbankan di negara ini yang akan dinilai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013/Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013...

Sebelum ahli parlimen PAS itu bangun, Timbalan Menteri Datuk Johari Abdul Ghani berkata antara yang dinilai termasuk kriteria kehematan dan kriteria kepentingan terbaik bagi Malaysia.

"Secara amnya, faktor-faktor ini memastikan kestabilan kewangan dan kepentingan terbaik Malaysia sentiasa terpelihara," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai garis panduan dan pertimbangan kerajaan dalam meluluskan institusi kewangan asing di negara ini.

Johari berkata kriteria kehematan, secara keseluruhannya, merangkumi kekukuhan kewangan, rekod perniagaan, pengalaman, ciri-ciri dan integriti pemohon.

Turut dinilai dalam kriteria berkenaan ialah ketelusan dan tahap kompleksiti struktur korporat serta tahap sistem penyeliaan di negara asal pemohon seandainya pemohon merupakan pelabur asing, katanya.

Sehingga kini, katanya bilangan institusi kewangan asing beroperasi di negara ini adalah 19 institusi perbankan, enam institusi Islam, tiga institusi Islam antarabangsa, 20 institusi insurans konvensional, empat institusi insurans semula, dua institusi takaful dan tiga institusi takaful semula.

Tiba-tiba YB Temerloh bangun dan bercakap mengenai pergantungan negara kepada buruh asing yang tiada kaitan lansung mengenai institusi kewangan asing.

TEMERLOH: Bismillahirohmanirohim. Err, Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ini ialah berdasarkan kepada err, dasar liberalisasi kewangan, err, secara agresif dilakukan oleh Kerajaan sejak 2009 yang lalu.

Err, ini adalah impak daripada globalisasi ekonomi yang err, memang kita lihat ada pro kontra lah terhadap sosio ekonomi dan juga 'political economy' negara, err, yang mana ini adalah kesan ekoran daripada pengurangan tarif err, sehingga menjejaskan barangan tempatan.

Malah dalam err, sesetengah sektor, contohnya dalam sektor pembinaan lah, err, NEGARA KITA NI MASIH LAGI BERGANTUNG KEPADA BURUH ASING. KALAU BERDASARKAN KEPADA REKOD YANG DIKELUARKAN OLEH BERNAMA, 2.2 JUTA PEKERJA ASING YANG BERDAFTAR DAN YANG TIDAK BERDAFTAR, 2.5 JUTA.

Jadi, ini menyebabkan kebergantungan negara terhadap aktor-aktor global yang membahayakan ekonomi negara kita lah, pada pandangan saya. Jadi apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk err, menangani perkara-perkara seperti ini. Terima kasih.

Speaker terus menyatakan bahawa pihak kementerian kewangan tak perlu jawab soalan YB Temerloh itu kerana ia tidak berkaitan.

YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Menteri juga TIDAK ADA KAITAN JADI TIDAK MENJAWABNYA.

TITIWANGSA: Ni foreign workers, tak ada kaitan.

Hal tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menyerlahkan tentang tahap mentaliti ahli parlimen PAS yang ada kini di parlimen sehinggakan nak bertanya soalan pun tak berapa reti, inikan pula nak berbahas dan menjawab di parlimen.

Berikut adalah video perbahasan tersebut


1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.