Sunday, October 11, 2015
Bekas Model Terlibat Dalam Sindiket Pelacuran Kelas Atasan
Dibayangi imej sebagai penjual diri, bekas model majalah dewasa Anggita Sari kini dilaporkan mahu menceburi bidang lain.
Anggita berharap dia dapat bekerja di pejabat saja.
Peguamnya, Pieter Ell berkata pengakuan dibuat Anggita itu dilakukan secara sedar dan insaf serta dengan keinginan sendiri.
"Malah ketika ini keadaan anak guam saya dalam keadaan baik dan tidak murung," katanya.
Sebelum ini media melaporkan Anggita terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan. Dua individu yang disebut menjadi orang tengah membantu Anggita memperdagangkan tubuhnya dikenali sebagai Alfania Tiarsilsila dan Alen Saputra.
Gigih cari peluang
Menurut Pieter Anggita kini tidak lagi melacurkan dirinya sebaliknya berharap dengan kelulusan ekonomi yang diperolehnya di universiti, bekas model jelita itu dapat meyakinkan mana-mana pihak untuk mengambilnya bekerja.
"Dia sedang gigih menghantar surat ke syarikat untuk mencari peluang pekerjaan. Anggita ingin bekerja di pejabat saja," katanya.
Aktiviti pelacuran kelas atasan itu terbongkar apabila Anggita ditangkap polis Surabaya di sebuah hotel di Jalan Embong Malang pada awal September lalu.
Ketika ditangkap, Anggita Sari dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah dan baru lepas melayan dua pelanggan lelaki.
Kes berkenaan masih belum diselesaikan kerana pihak polis dalam proses mendakwanya di mahkamah.
Namun setakat ini Anggita boleh menarik nafas lega kerana dia tidak dijadikan tertuduh bersama Alfania dan Alen, sebaliknya diperlukan pihak pendakwa sebagai saksi.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Anggita:
- Model kelahiran Jakarta pada 26 Desember 1992 ini memulakan kerjaya sebagai model selepas terpilih 10 peserta finalis pertandingan anjuran majalah FHM pada 2011
- Dia kemudian dikenalis ebagai model majalah dewasa, Popular
- Pernah berpacaran dengan Henry Baskoro Hendarso, iaitu anak lelaki Ketua Polis Indonesia
- Henry juga adalah bekas suami penyanyi Ayu Ting Ting
- Salah seorang teman lelakinya adalah pengedar dadah yang kini menunggu hukuman mati
- Mengikuti pengajian komunikasi pemasaran di universiti
- Walaupun sibuk dalam dunia peragaan, dia mendakwa tidak mengabaikan pengajian di Universiti Bina Nusantara, Jakarta
- Hobinya ialah beraksi di depan kamera dan melancong
- Instagram adalah salah satu media sosial paling digemarinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.