Selipar bertulis 'Allah' Dedahan, Ketua DPD Front Pembrla Islam Jawa Timur Habib Haidar al Hamid.
PENGGUNA
LAFAZ Allah, yakni Allah Yang Maha Agung tersebar di media sosial. Sebuah syarikat bertanggung jawab menghasilkannya, bahkan telah menghasilkan 100,000 pasang sejak tahun 2014. (tribunenews13 / 10/2015).

Selipar berwarna putih itu berjenama GlaciO G 2079. Hasil siasatan polis menyebutkan bahawa pengeluar alas kaki itu adalah PT PPM terletak di KM 33.2 di Jalan raya Wringinanom, sempadan Surabaya-Gresik.
Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Timur telah bertindak cepat. Dan langsung berkoordinasi dengan Polda Jawa Timur.
"Produk itu jelas merupakan bentuk pelecehan simbol agama. Lafaz Allah adalah simbol yang diagungkan oleh umat Islam, "kata Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Timur KH Abdusshomad Bukhori kepada kompas.com, Selasa (13/10/2015).
Walaupun syarikat itu menghasilkan 6000 pasang awal Oktober lalu. Saat ini 300 pasang berjaya dirampas dan diamankan di Mapolsek Wringinanom Gresik. Hal itu sebagaimana dikatakan Yusron, Kanitserse Polsek Wringinanom.
Sementara itu,di Surabaya: Sebanyak 10,000 selipar yang mempunyai corak kalimah Allah di bahagian tapak dimusnahkan Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Jawa Timur semalam.
Ribuan selipar itu dirampas di sebuah pasar raya di kawasan Wringin Anom di Gresik sebelum dikumpulkan di hadapan pejabat PWNU. Selipar itu menimbulkan kemarahan penduduk beragama Islam apabila dipasarkan syarikat Pradipta Perkasa Makmur sejak beberapa bulan lalu.
Ketua PWNU, Mutawakil Allallah bersama pemilik syarikat itu, Liem Long Hwa turut hadir untuk melihat selipar itu dibakar.

Mutawakil berkata, pemilik syarikat itu datang bertemu pihaknya dan mengaku tidak tahu mengenai kalimah Allah di tapak selipar berkenaan. Syarikat itu memberitahu, selipar berkenaan diimport dari China.
"Kami mendapati penjualan selipar ini tidak disengajakan dan pemilik syarikat dengan tulus memohon maaf.
"Sebagai orang Islam kita mesti memaafkan mereka.
"Saya juga berharap penduduk Islam di sini menjaga adab mereka dan tidak bertindak keterlaluan," katanya.
Tidak mustahil ianya mungkin akan sampai ke Malaysia. Tugas membela agama Islam adalah tugas wajib kepada semua penganutnya yang bertaqwa atau yang imannya bermutu tinggi. (IH)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.