`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 19, 2015

Harga Kad Prabayar Akan kembali Seperti Biasa

Top up

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dikatakan sedang berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memansuhkan bayaran 6% berkenaan apabila pelanggan membeli kemudahan tersebut.

Beliau juga memberitahu kerajaan tidak akan berkrompromi dengan syarikat telekomunikasi (telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.

 "Bagaimana telko mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting, rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman 1 November ini," katanya dipetik berkata selepas satu forum pengguna di Kuala Lumpur semalam.

Katanya lagi, kerajaan tidak boleh menerima alasan pihak telko sebelum ini yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia untuk itu memandangkan tempoh diberikan kepada telko terlalu lama.

"Jika pihak telko masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu patuh arahan ini, iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.

"Sebab, pada logiknya, kalau telko tidak bersedia, kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan," beliau dilaporkan Utusan berkata.

Mulai April lalu, susulan pengenalan GST 6%, semua telko mengenakan cukai itu pada kad tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi 6%.

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.