Dengar baik-baik apa kata Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan Takiyuddin, Setiausaha Agung PAS. Ibrahim Ali kata, "Kita bersetuju untuk bekerjasama mulai daripada sekarang.."
Ok. Itu Ibrahim Ali yang cakap. Kata Takiyuddin pula, "Kita telah bersetuju dengan paling kurang tiga perkara tadi...for the sake of the nation, for the sake of the people kita bersatu dengan Perkasa untuk memperjuangkan agenda negara..."
Ok. Itu Ibrahim Ali yang cakap. Kata Takiyuddin pula, "Kita telah bersetuju dengan paling kurang tiga perkara tadi...for the sake of the nation, for the sake of the people kita bersatu dengan Perkasa untuk memperjuangkan agenda negara..."
Kalau frasa "kita bersatu dengan Perkasa" itu tidak bermaksud bekerjasama dengan Perkasa, maka kita boleh cakap apa-apa saja, lepas itu kita nafi:
Berikut kenyataan balas wartawan yang dituduh memfitnah:
Tahniah! Hebat sungguh "kerjasama" ini. Perkasa ada 700,000 ahli. PAS ada 1,000,000 ahli! Kalau ada program, mereka akan saling menjemput. Bukan Yong cakap. Dua orang dalam video itu yang cakap.
Kononnya kerjasama hanya "issue-oriented." Tapi...Bagaimana boleh isu itu terpisah dari politik erk? Sedangkan isu itulah yang menghidupkan politik dan sepak terajangnya. Politik bukan setakat pilihanraya dan memilih pemimpin. Politik melibatkan "decision making" tentang kaedah penyelesaian/menghadapi "issues." Political dan policy analyst sangat maklum tentang elemen yang bernama "issue" ini.
Kata Ibrahim Ali, PAS dan Perkasa dan "settle zero-zero."
Kata Mustafa Ali pula, PAS kawan dengan PKR saja. Ini bermaksud, kalau PKR masih bersungguh-sungguh nak berdakap dengan PAS, maka ia terpaksa menerima Perkasa, "lock, stock and barrel."
Amanah dan DAP patut takut kah?
Bagaimana PAS hendak menjustifikasi elemen assobiyah pegangan Perkasa?



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.