Saturday, October 10, 2015
VIDEO - Budak 5 Tahun Yang Diculik Pagi Tadi Dijumpai Semula & Dihantar Pulang Seorang Pemandu Teksi
KAJANG: Berikutan berita gembira penemuan semula kanak-kanak 5 tahun yang diculik di Kajang pagi tadi, pemandu teksi yang menjumpai kanak-kanak tersebut menceritakan bagaimana dia menjumpai kanak-kanak tersebut.
Baca : Kanak-Kanak 5 Tahun Yang Diculik di Kajang Berjaya Disatukan Semula Dengan Keluarga
Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan.
Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp.
Nizam kemudiannya mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.
"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah", kata Nizam memetik laporanNST Online.
-----------------------------------------
KAJANG: Kanak-kanak 5 tahun yang dilaporkan diculik berdekatan sebuah tadika di Sungai Chua telah disatukan kembali dengan keluarganya.
Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah keluarganya di Taman Cahaya kira-kira yam 5.35 petang tadi.
Sesampainya di rumah tersebut, pemandu teksi terbabit kemudian memanggil ibu bapa kanak-kanak tersebut dari luar rumah.
Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam rumah.
Menurut laporan dari The Star kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.