`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 28, 2015

[BERGAMBAR] Wisma AMANAH NEGARA Dirasmikan Hari Ini

Parti Amanah Negara akan mengukit sejarahnya pada hari ini apabila WISMA AMANAH NEGARA akan dirasmikan petang ini.

Wisma Amanah Negara ini terletak berhampiran dengan Tesco Extra Selayang dan akan dirasmikan dengan majlis jamuan hi-tea pada pukul 5 ptg ini. Pada sebelah malamnya iaitu bermula jam 8.30 mlm, satu program Ceramah Perdana yang membariskan pimpinan Pakatan Harapan iaitu presiden AMANAH, Mohd Sabu, Presiden PKR, DS Wan Azizah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Hj Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir masing-masing Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung AMANAH.


Pagi ini, AMANAH mengadakan Kongres EGM yang disertai oleh perwakilan dari seluruh negara bagi mempekemas dan meluluskan Perlembagaan AMANAH.


Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AMANAH, pihak AMANAH melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT diatas kemudahan yang telah diberikan kepada AMANAH untuk meneruskan langkah cemerlang di pentas politik negara walaupun baru berusia dua bulan lebih sejak ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan AMANAH di semua 14 negeri, dan juga 33 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sementara penubuhan bagi baki kawasan-kawasan lain akan dibuat awal Disember ini. Turut diluluskan adalah sayap-sayap parti iaitu Pemuda AMANAH Nasional dan juga Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN). Parti AMANAH juga telah berjaya mewujudkan biro-biro di bawah parti dengan melantik ketua masing-masing.

Sejak dilancar 31 Ogos lalu, permohonan orang ramai untuk menyertai Parti AMANAH sangat memberangsangkan.Sehingga kini pihak AMANAH sedang memproses 60,000 permohonan keahlian dengan Kelantan kekal sebagai negeri tertinggi diikuti Johor dan Selangor. Melihat kepada sambutan ini, dan AMANAH optimis bahawa sasaran 100,000 ahli menjelang 2016 akan dapat dicapai, tambah kenyataan tersebut.

AMANAH juga telah memulakan jelajah turun ke negeri-negeri bermula 29 Oktober dengan Sarawak sebagai negeri pertama, kemudian ke Terengganu, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Sepanjang jelajah itu, sambutan yang diterima sangat baik. Untuk seterusnya, AMANAH akan meneruskan jelajah ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Selangor.

Dengan penubuhan secara rasmi AMANAH di peringkat negeri dan kawasan-kawasan ini, serta sambutan dan penyertaan yang menggalakkan ini, maka Parti AMANAH kini siap sedia untuk menjadi antara pemain politik utama di negara ini. 

AMANAH juga akan terus memberi komitmen dan berperanan secara aktif bersama Pakatan Harapan. AMANAH telah mengisi semua keanggotaan dalam kuota Majlis Presiden dan juga Majlis Setiausaha yang dibentuk dan telah empat kali mengadakan mesyuarat. Buat masa ini AMANAH juga terlibat untuk menyiapkan perjanjian persepakatan (coalition agreement) dan juga kerangka dasar bersama (common policy framework). 

Pihak AMANAH juga menjemput semua pihak hadir ke majlis perasmian Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur, pada petang ini, 28 Novemberi. Program akan bermula dengan majlis Hi-Tea pada jam 5 petang, dan ceramah perdana oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan pada sebelah malam. 



SIARAN LANGSUNG Ceramah Perdana Majlis Perasmian Wisma Parti Amanah Negara akan dibawa khas untuk anda melalui Ghb Mediatv you tube channel pada 28hb Nov 2015 jam 8:30 malam. Pastikan anda bersama2 kami! Siaran langsung boleh di ikuti dgn klik pautan/link: https://youtu.be/uWJbESedcHg

p/s GB akan cuba membuat liputan perasmian Wisma AMANAH Negara. Gambar-gambar akan cuba diupload dari semasa ke semasa.

1 comment:

  1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.