`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 6, 2015

Datuk Nicol Gagal Pertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, Tetapi ...

SUKAN
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David (gambar atas dan kanan) gagal mempertahankan kejuaraan Klasik Qatar apabila kalah kepada Nour El Sherbini (gambar kanan bawah) pada separuh akhir di Kompleks Tenis & Skuasy Antarabangsa Khalifah di Doha, malam tadi.

Nicol, bekas pemain nombor satu dunia itu, menerima saingan sengit daripada pemain muda dari Mesir itu sehingga memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.
Menurut laman Twitter kejohanan, Nour membuka langkah kanan dengan memenangi set pertama dengan 11-6 sebelum Nicol, selaku pemain pilihan kedua, bangkit untuk menguasai 2 set seterusnya dengan 12-10 dan 11-5.

Bagaimanapun, Nour, yang juga bekas juara remaja dunia pada 2009, bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan memenangi set keempat 11-4.
Set penentuan menyaksikan pertarungan sengit sebelum Nour menang 11-9 dalam perlawanan selama sejam itu.

Pada final esok, Nour akan berdepan dengan pemain England, Laura Massarro.

Laura menempah tiket final apabila menyingkirkan seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel kawy, 11-7, 11-4, 11-6 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama, 6 November, 2015.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Datuk Nicol gagal mempertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, itu jelas. Tetapi sebenarnya, lebih jelas lagi kedua-dua mereka yang berlawan itu gagal mempertahankan status mereka dari negara umat Islam, kerana mereka berpakaian yang tidak Islamik dalam bersukan.

Rupanya negara umat Islam sendiri tidak mampu mempertahankan identiti Islam terutama dalam berpakaian, apabila menyertai kegiatan sukan di peringkat antarabangsa. Bahkan di dalam negaranya sendiri pun, ada negara yang tidak mampu melaksanakan etika berpakaian menurut Islam, walaupun di perlembagaan negaranya tercatat Islam sebagai agama negara.

Apakah tidak ada pakar-pakar Islam yang boleh mencipta pakaian ahli sukan yang menutup aurat sesuai dengan negara Islam atau negara umat Islam? (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.