`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 5, 2015

Layakkah Idris Ahmad Menghentam Husam Musa?

Ingatan buat Husam: Gaji wakil rakyat hak rakyat

Naib Presiden Pas, Idris ‎Ahmad berpendapat, kerajaan Negeri Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan elaun Adun, Exco,Timbalan, Menteri Besar dan Speaker yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Kelantan sebelum memuktamadkan keputusan tersebut.

"Apa yang wakil rakyat dapat itu ‎untuk perbelanjaan rakyat jugak.



"Wang itu untuk rakyat sebagai contoh pegawai kerajaan, gaji itu mereka dapat semua. Kita (ahli parlimen dan Adun) ini memang untuk diberi kepada rakyat. Iaitu untuk membantu rakyat yang susah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online di Parlimen hari ini.

Idris berkata demikian bagi mengulas kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat kini.

Dalam pada itu, Idris menyeru Husam supaya meneliti segala data yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan berkaitan isu rumah mangsa banjir.

"Teliti perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, rujuk data, ada progres daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu," katanya.

Persidangan Dun Kelantan pada Isnin meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.

ULASAN GB

Jika benar gaji wakil rakyat itu hak rakyat maka gaji-gaji wakil rakyat itu tidak perlu dimasukkan ke dalam akaun wakil rakyat tetapi hendak dikreditkan ke akaun pusat khidmat rakyat ADUN atau Parlimen wakil rakyat berkenaan.

Hanya semata-mata kerana nak mengthentam Husam Musa, Idris Ahmad membuat bidasan yang superficial itu yang beliau sendiri tidak akan berani untuk melakukan hal seperti di atas.

Idris, yang belum cukup sepenggal pun menjadi ahli parlimen dan baru dipilih menjadi Naib Presiden PAS sudah berani menempelak Husam yang telah menjadi wakil rakytat semenjak tahun 1999 lagi.

Husam telah menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04). Beliau juga telah menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau sekali lagi menang menjadi Adun Salor.

Husam telah menjadi Naib Presiden PAS selama 2 penggal (2005-2009) dan (2011 - 2013) sebelum dikalahkan pada muktamar ke 61 yang lalu akibat permaianan cai geng ulama.

Pencapaian Husam di Kelantan sewaktu beliau menjadi exco terlalu banyak. Diantaranya ialah kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade, mempengena dan memperkembangkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan dan menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan.

YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade.

Husam pernah mendapat anugerah Newsmaker of the Year 2003 - malaysiakini.com

Husam telah banyak kali difitnah terutama oleh blogger UMNO seperti Faizal Rohban (RBF) dan papagomo serta media-media UMNO. Pada Mei tahun ini, mahkamah telah mengarahkan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar RM350,000 kepada Husam kerana memfitnah.

Almarhum TG Nik Aziz pernah di dalam kenyataan menyatakan:

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sekarang apa pula pencapaian Idris Ahmad? Sepatutnya Idris yang perlu banyak belajar dari Husam.

Idris menang di parlimen Bukit Gantang pun kerana Bukit Gantarng sebelum itu telah dimenangi oleh almarhum Roslan Shahrum dan DS Nizar Jamaluddin.

Majoriti undi almarhum Roslan ialah 1,566 dan Nizar berjaya meningkatkan majoriti sekalipun di dalam pilihanraya kecil kepada 2,789. Tetapi semasa Idris masuk bertanding di Bukit Gantang majoriti PAS telah menurun kepada hanya 986 undi.

Ramai penganalisis menjangkakan jika Idris bertanding lagi, dengan senario politik yang sedia ada, beliau akan kalah tertonggeng di Bukit Gantang. Kalau dahulu, Ustaz Idris ada menemui GB di dalam beberapa majlis dan GB amat mendoakan agar Idris menang, tetapi maaf, tidak lagi kali ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.