`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 24, 2015

Sistem Patuh Syariah Rayani Air Diperli Main? Biadapkah?

Sistem Patuh Syariah Rayani Air Jadi Bahan Lawak?

SYARIKAT penerbangan baharu, Rayani Air telah mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang berpegang kepada patuh syariah.

Rayani Air mewajibkan semua pekerjanya memakai tudung dan berpakaian longgar yang memenuhi tuntutan syarak selain tidak menghidangkan minuman keras kepada penumpang.
Selain itu, difahamkan Rayani Air juga tidak beroperasi pada setiap Jumaat, yang dianggap sebagai penghulu hari bagi umat Islam.
Namun, rupanya ada pula pihak yang tidak sensitif dengan bisnes berkonsepkan Islam ini apabila mempertikaikan dan menyindir peraturan yang dibuat oleh syarikat penerbangan tersebut.
Screen capture dari sebuah profil Facebook ini, jelas menunjukkan mereka menghina perkara tersebut.
Nah, anda bacalah sendiri..
rayani
rayani1
rayani2
Memang tak sensitif langsung..
Sepatutnya sebagai sebuah negara majmuk, kita perlu menghormati setiap agama dan kaum yang ada di Malaysia.
Ini siap perli ‘baik punya’ secara beramai-ramai..(IH/MYNEWSHUB.CC)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.