`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 29, 2015

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat



KUALA KRAI: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan Dewan Veterinar, di sini, meningkat kepada 14 keluarga berbanding 11 keluarga, malam tadi. 

Berdasarkan portal eBanjir sehingga jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 47 mangsa berbanding hanya 36 mangsa setakat jam 7 petang semalam. 

Jumlah itu membabitkan 28 dewasa dan 19 kanak-kanak. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim, berkata jumlah mangsa bertambah kira-kira jam 1 pagi tadi apabila tiga keluarga membabitkan 11 mangsa datang sendiri ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.