`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, December 14, 2015

Tambang – Tony Fernandes sindir ERL

Tan Sri Tony Fernandes berkata, adalah lebih murah untuk ‘terbang’ berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) susulan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam itu baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu.
“Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekaang,” tweet beliau pada Isnin.
Fernandes berkata, pihaknya menjadi tidak popular kerana sering kali menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai.
Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini. -mStar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.