`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 21, 2015

[VIDEO] Edisi Kantoi: Penafian Takiyuddin Ditolak...

TMI siarkan transkrip kenyataan SU Agung PAS, tolak dakwaan fitnah

Transkrip wawancara yang dikeluarkan oleh wartawan portal online The Malaysian Insider dan video yang disiarkan oleh Sinar Online jelas menunjukkan bahawa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata, PAS sedia untuk memaaf dan melupakan kesilapan Umno sebelum ini.



Dalam audio itu, wartawan bertanya, "Jadikan PAS bersedialah untuk forgive dan forgetlah," selepas Takiyudin menjelaskan kedudukan hubungan antara PAS dengan Umno sekarang ekoran pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti.

Ketika menjawab soalan itu, Takiyudin berkata, "Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan kita. Perkara ini bukan perkara baru." 

Katanya, di dalam perjuangan PAS sendiri, ramai pemimpin parti-parti lain termasuk parti Umno sendiri yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh PAS. 

"Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan apply perkara yang sama," kata Takiyudin.

Takiyudin dalam kenyataannya hari ini menafikan laporan TMI yang mengatakan PAS telah memaaf dan melupakan kesilapan Umno selama ini.

Berikut adalah transkrip temubual wartawan dengan Takiyudin yang diadakan selepas beliau menyertai majlis Perkasa semalam.

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini.

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita.

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri.

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama.


Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini.

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing.

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti.-malaysiadateline


ULASAN GB

Video ada. Transkrip pun ada. Macamana nak nafikan lagi?

Apakah kerana sudah diasak oleh pimpinan dan ahli PAS maka Takiyuddin menuduh ia sebagai satu ftnah walhal bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan Takiyuddin mengiyakan kenyataan "forgiive and forget" berkenaan?

PAS sebelum ini sentiasa dilihat melakukan "u-turn". Jika Presiden yang bercakap, maka akan ada seperti satu Lajnah Penafian yang diketuai oleh setpolnya menafikan kenyataan itu dibuat oleh Hj Hadi.

Dan kemudian "anjing-anjing kurap" PAS (meminjam istilah yang digunakan oleh Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris apabila Unit Amal dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir di Klang) bertempik menyalahkan pihak lain kononnya berita itu diputarbelitkan.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan..... si munafik akan terus mendedahkan wajahnya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.