PETALING JAYA: Seorang remaja 15 tahun dan rakannya ditahan kerana mencuri wang tabung masjid di sekitar Guar Chempedak, Yan.
Ketua Polis Yan, Shahnaz Akhtar Haji berkata remaja itu bersama rakannya berusia 19 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Yan di depan sebuah rumah di Jalan Sungai Limau Dalam, Yan pada 6.30 petang semalam.
Katanya, pemeriksaan ke atas remaja berusia 19 tahun itu menemui sebuah telefon bimbit, dua bungkusan plastik lutsinar berisi hablur atau ketulan kristal disyaki syabu.
“Hasil soal siasat mendapati mereka mengaku terbabit dalam kes curi tabung masjid, termasuk di Masjid Ar Rahman, Guar Chempedak.
“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek pertama (remaja 15 tahun) mendapati dia bebas pengaruh dadah, manakala suspek kedua positif methamphetamine,” katanya menurut Harian Metro.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.