`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 6, 2023

Ada had selepas bentang kepada Majlis Raja-Raja, kata PM

 

Anwar Ibrahim berkata pendirian persidangan Raja-Raja perlu dihormati. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ada had tertentu perlu dipatuhi kerajaan berhubung pindaan perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan, selepas dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen kerajaan susulan kegelisahan mereka berkaitan cadangan pindaan perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan.

“Sebarang pindaan perlembagaan yang mengubah isu kewarganegaraan perlu diselesaikan dengan Majlis Raja-Raja.

“Persidangan Raja-Raja telah mengambil pendirian tertentu. Oleh itu kita perlu menghormatinya,” katanya kepada media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX 2023).

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee memberi amaran bahawa mungkin ada beberapa penyokong kerajaan bertindak bertentangan daripada ketua whip masing-masing di Dewan Rakyat jika pindaan tersebut tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh.

Difahamkan, beliau merujuk kepada lapan cadangan pindaan perlembagaan negara berkaitan kerakyatan.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jemaah Menteri akan membincangkan pindaan perlembagaan yang dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja disusuli pembentukan draf pindaan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Berhubung perkara berasingan, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk membuat keputusan untuk memaparkan nama Ahli Parlimen sengaja tidak hadir atau “ponteng” sidang Parlimen di laman sesawang.

“Serahkan kepada budi bicara speaker,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim berkata cadangan Johari it disifatkan bulan reformasi ditunggu-tunggu dan bermakna seperti mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.