`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 20, 2023

Akaun KWSP ke-3 untuk kecemasan dilaksana April, kata timbalan menteri

 

Ahmad Maslan berkata organisasi berkaitan boleh memberi pandangan mengenai akaun fleksibel dengan menulis kepada Kementerian Kewangan dan KWSP.

KUALA LUMPUR: Akaun ketiga ataupun akaun flesibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.

“Pada Februari 2024, akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai akaun fleksibel yang juga akaun nombor tiga.

“Organisasi berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai akaun fleksibel ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian Kewangan dan juga KWSP,” katanya selepas merasmikan mesyuarat lembaga pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial Asean (ASSA) ke-40.

Beliau berkata Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara itu yang diumumkan perdana menteri dalam Belanjawan 2024.

“Kami akan melaksanakannya, tetapi perlu ada kaedah tertentu yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan rakyat dan ia hanya boleh dikeluarkan waktu kecemasan.

“Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian. Jadi, kita tahu RM145 bilion dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika Covid-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran.”

Bagaimanapun, katanya masih terdapat desakan pelbagai pihak membenarkan pengeluaran simpanan KWSP bagi tujuan kecemasan.

“Maka, kami akan membuat formula baharu, iaitu akaun ketiga. Jadi, perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula April tahun depan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.